7 TIPS MEMBUAT PEMILIHAN PRODUK PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG SELAMAT

by azszua03 on 13 October 2017

Assalammualaikum….

Produk penjagaan kulit wajah dan kosmetik sekarang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Pelbagai jenama dan keistimewaan produk yang diwar warkan. Keghairahan memiliki produk produk juga meningkat dikalangan wanita dan muda mudi. Iklan dimana mana juga antara sebab mengapa ia mendapat perhatian tinggi oleh semua.

Siapa wanita yang tak nak cantik? Tak nak kulit gebu dan cerah? Semua nak kan? Kalau boleh, hari ni beli produk, sapu sapu terus cantik. Biasalah wanita ni emosi lebih. Kurang kesabaran barangkali ya juga. Tapi….tak semua benda kita boleh ambil ringan. Terutama jika ia melibatkan diri kita sendiri. Orang yang pertama kita perlu jaga ialah diri kita sendiri. So, jangan sampai memudaratkan diri kalau nak sangat cantik. Pesanan buat diri saya sendiri juga.

pilih produk, produk skincare

Pilih Produk Penjagaan Kulit Yang betul dan Selamat

Oleh itu adik adik, kakak kakak…nak cantik itu memang tak salah. Bahkan sangat dituntut oleh agama untuk kita cantik dimata pasangan kita. Tapi kita perlu bijak memilih produk yang ingin kita gunakan. Jangan sampai produk yang kita gunakan menyebabkan mudarat dan mengganggu kesihatan kita.

Jom, kak miah kongsikan 7 tips bagaimana nak jadi pengguna bijak dan wanita yang menyayangi diri sendiri apabila memilih produk penjagaan kulit atau kosmetik.

  1. Produk yang dijamin selamat.

Apa apapun, keselamatan adalah keutamaan dalam pemilihan. Apabila teringin membeli sesuatu produk, semak dulu maklumat pendaftaran produk tersebut dengan badan berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, atau Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Yerlah takut takut ada kandungan tidak selamat seperti Racun Berjadual dalam produk tersebut. Kena ambil tahu juga siapa pengeluar, pengasas dan pengedar supaya apa apa masalah kita ada rujukan.

2. Bebas hydroquinone, tretinoin, merkuri dan paraben.

Ok…cek kandungan pada kotak atau pada bekas produk. Jika tiada senarai kandungan bahan yang dipamerkan. Sila la curiga dengan ketelusan pengeluar terhadap produk yang dikeluarkan. Jika terkandung juga bahan bahan seperti hydroquinone, tretinoin, merkuri dan paraben, batalkanlah niat anda untuk menggunakan produk tersebut.

Tapi selalunya bahan bahan memudaratkan ini tidak akan disenaraikan dlm kandungan di kotak. Ha, pastinyalah diorg bijak menyorokkan kelemahan kan. Tapi anda boleh jadi lebih bijak. Ketahui cara cara mengenali produk yang mengandungi bahan Racun Berjadual dengan mudah.

3. Produk berasaskan air (water-base) dan bukan berasaskan minyak (oil-base).

Pilih produk yang “water-base” bagi mengekalkan kelembapan kulit anda. Produk “water-base” senang diserap oleh kulit dan tidak meninggalkan sisa. Badan dan kulit kita juga mengandungi kandungan air yang tinggi. Sedangkan jika produk tersebut “oil-base” kadar penyerapan adalah tidak sempurna dan menyebabkan sisa tertinggal hingga menyumbat pori pori kulit.

Apabila pori kulit mula tersumbat, masalah kulit akan mula wujud seperti jerawat. Jadi, pilihlah produk “water-base” bukan “oil-base”

waterbase produk, shaklee skincare

Pilih produk “waterbase” yang senang menyerap

4. Bebas bahan pemutih

Kalau makanan, kita cuba elakkan makanan yg melalui proses “bleaching” seperti gula pasir dan juga tepung kerana kita tahu ia tidak bagus untuk kesihatan. Begitu jugalah dengan produk yang mengandungi bahan pemutih. Biasanya bahan pemutih ini terdiri dari hydroquinone, merkuri atau arbutin. Ia memberikan hasil pemutihan yg cepat tetapi memberi mudarat dikemudian hari.

5. Tanpa alkohol

Pilih produk yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol memyebabkan kulit anda cepat kering. Kulit kering akan mengundang lebih byk masalah kulit seperti kulit kusam dan jeragat.

6. Sesuai dengan PH kulit dan semulajadi.

Sangat penting memilih produk yang diproses dari bahan bahan semulajadi. Kerana bahan bahan semulajadi tidak akan memudaratkan kulit dan kesihatan kita. Pilih produk yang sesuai dengan PH kulit kita. Jangan terlalu berasid hingga merengsakan kulit.

7. Selamat utk ibu hamil dan menyusu.

Yang paling mudah. Hindari produk yang tidak disyorkan kepada ibu hamil dan ibu menyusui. Hydoquienone, merkuri dan bahan racun berjadual sangat memudaratkan ibu hamil dan bayi yg dikandung. Produk produk begini biasanya melarang pengguna yang hamil dan menyusu mengamalkannya. Jadi, jika produk yang selamat digunakan oleh ibu hamil dan menyusui pastinya selamat kepada wanita lain.

Bagaimana? Boleh ada membuat pilihan yang tepat? 7 tips ini adalah yang paling asas untuk memilih produk penjagaan kulit wajah. Jika anda amalkan tips ini, insyaallah anda tidak akan salah memilih.

Kak miah boleh cadangkan produk yg menepati 7 tips diatas dan malahan lebih dr bagus untuk anda pilih sebagai produk harian anda. Nak tahu apa? Nanti kak miah cerita di lain entry ya. Stay tune!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: