CARA KENALPASTI PRODUK KOSMETIK BERACUN, MEBAHAYA DAN MEMUDARATKAN KULIT

by azszua03 on 14 October 2017

Assalamualaikum semua…

Kita tahu dan sedar bahawa bahan bahan kosmetik kadang kala mengandungi bahan racun berjadual yang menjadikan sesuatu produk kecantikan itu memberi kesan yang cepat dan ketara kepada pengguna. Tetapi, bagaimana kita ingin mengesan serta merta atau “on the spot” bahawa produk itu mengandungi bahan bahan memudaratkan tersebut?

pilih produk yang selamat

Selain dari memeriksa bahawa produk itu tergolong dalam produk beracun dan terlarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak, kita juga boleh mengenalpasti melalui pemerhatian secara kasarnya. Jika anda mendapati ciri ciri seperti dibawah ini ada pada produk tersebut, baiklah hindari penggunaannya. Kemungkinan besar ia mengandungi bahan kimia yang memudaratkan atau ia bukan produk dibuat dari bahan semulajadi.

1.Memiliki bau yang tajam dan menyengat.

cuba hidu bau produk

Hidu dlm jarak yang selamat. Jika produk tersebut mempunyai bau yang agak tajam seperti bau logam, kemungkinan besar produk tersebut mengandungi merkuri atau hydroquinone.

2. Memiliki warna yang menyerlah.

Produk yang mengandungi warna yang menyerlah seperti kuning, oren, atau hijau adalah produk yang berkemungkinan mengandungi racun berjadual seperti Hydroquinone, tretinoin dan merkuri. Yang pasti bahan pewarna tersebut juga boleh memudaratkan kulit wajah.

3. Tekstur krim yang berkilat.

Lihat tekstur krim

Awas jika krim yang anda ingin miliki itu mempunyai tekstur yang berkilat. Kemungkinan besar mengandungi bahan Racun Berjadual terutamanya merkuri. Sebaiknya pilih produk yang mempunyai krim tidak menggunakan pewarna.

4. Rasa gatal selepas sapuan.

Jika cubaan mengguna kali pertama dan anda merasa kulit tidak selesa atau gatal. Hentikan penggunaan serta merta. Dikhuatiri jika anda terus menerus menggunakannya kulit anda akan mengalami “breakout”.

5. Pengelupasan kulit selepas penggunaan.

Jika anda sudah menggunakan produk selepas beberapa hari dan mengalami pengelupasan kulit, percayalah bahawa produk terbabit mengandungi pemutih sama ada hyroquinone mahupun merkuri. Hentikan serta merta produk yang memberi inpak pengelupasan. Dikhuatiri lapisan atas kulit yang sepatutnya menjadi pelindung akan terhakis dan menjadika kulit sensetif.

Itu tadi beberapa cara untuk anda kenalpasti segera bahawa produk yang anda ingin miliki atau sudah miliki mengandungi bahan bahan yang memudaratkan kulit atau tidak. Semoga menjadi panduan kita bersama. Jangan lupa semak semua tips untuk memilih produk yang selamat dan berkualiti.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: