APA ITU HYDROQUINONE? BAHAYAKAH TRETINOIN YANG TERKANDUNG DALAM KOSMETIK?

by azszua03 on 15 October 2017

Assalamualaikum….

Semua orang pasti pernah dengar perkataan Hydroquinone bukan? Bila sebut jer hydroquinone apa yg terlintas di fikiran anda? Saya pasti ramai yang akan menggambarkan produk penjagaan kulit wajah apabila perkataan hydroquinone diutarakan. Anda tahu tips tips memilih produk kosmetik dan penjagaan kulit wajah yang selamat dan sesuai?

Bagaimana dengan tretinoin? Anda pernah dengar? Ha…yang ni jarang disebut orangkan. Tapi antara yang selalu digunakan dalam kosmetik. Dan selalunya dikesan didalam produk krim malam atau krim awet muda. Ingat tau, pentingnya kita mengambila tahu tentang apa yang kita pakai, bukan lihat pada hasil semata mata, lihat juga kesan jangkamasa panjang. Jom saya terangkan apa sebenarnya hydroquinone dan tretinoin ini.

lihat senarai kandungan produk terlebih dahulu

Apa sebenarnya hydroquinone?

Hydroquinone ialah antara Racun Berjadual yang sering digunakan sebagai campuran di dalam produk kosmetik masakini. Penggunaannya perlu mendapat nasihat profesional atau kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawan Dadah kerana ia boleh membahayakan pengguna. Penggunaan tanpa kawalan boleh menyebabkan kemudaratan kepada kulit terutama kulit wajah yang sensetif. Antara masalah yg dihadapi apabila menggunakan kosmetik yang mengandungi hydroquinone ialah kulit menjadi kemerahan, merengsa, perubahan warna kulit dan kulit menjadi hypersensetif. Kesan dari penggunaan kosmetik yang mengandungi hydroquinone akan menyebabkan kulit terdedah kepada pacaran UV tanpa perlindungan. Apa yang paling ditakuti ialah hydroquinone juga meningkatkan risiko penyakit kanser.

Apa pula kegunaan dan masalah Tretinoin?

Tretinoin juga merupakan Racun Berjadual yang dikawal ketat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Ia sering digunakan didalam produk kosmetik terutamanya produk untuk merawat masalah jerawat dan juga untuk merawat kedutan pada wajah. Penggunaan tretinion juga boleh menyebabkan kemudaratan kepada kulit wajah. Antara masalah yang timbul ialah kulit kemerahan, pedih dan kegatalan. Kemungkinan juga kulit mengalami hypersensetif dan pengelupasan.

Sekian dulu penjelasan tentang hidroquinone dan Tretinoin. Insyaallah artikel seterusnya kak miah akan kupas pula berkenaan merkuri dan paraben. stay tune

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: