BAHAYA MERKURI DAN PARABEN YANG TERKANDUNG DALAM KOSMETIK DAN PRODUK PENJAGAAN KULIT

by azszua03 on 16 October 2017

Assalammualaikum semua…

Ok hari ni kak miah nak cerita pasal merkuri dan juga paraben. Semalam kak miah dah cerita pasal hydroquinone dan tretinoin, so ada 2 bahan lagi yang biasa terdapat dalam kosmetik kita yang perlu dielakkan. So lepas ni kenalah lebih alert dengan pemilihan produk penjagaan kulit wajah dan kosmetik anda ya. Tips pemilihan produk pun ada kak miah kongsikan pada entry sebelum ini.

Merkuri dalam kosmetik

Merkuri antara Racun Berjadual yang paling sering dijumpai di dalam produk kosmetik. Pengusaha dan pengilang sering menyalahgunakan merkuri untuk kepentingan sendiri bagi melariskan produk mereka. Penggunaan merkuri seharusnya perlu kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Iritasi pada kulit antara tanda tanda produk yang anda gunakan mengandungi merkuri

Bahayanya merkuri ia senang utk menyerap masuk ke dalam sistem badan hingga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan juga masalah saraf. Merkuri juga boleh menyebabkan gangguan perkembangan otak bayi yang dikandung dan juga kanak kanak jika si ibu terdedah kepada merkuri. Jika anda mempunyai anak anak kecil, produk yang mengandungi merkuri ini mungkin boleh mengundang bahaya terutama sekiranya anak memegang lalu memasukkan jari ke dalam mulut mereka.

Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh menyebabkan iritasi, ruam dan biasanya memberi perubahan mendadak terhadap kulit anda. Jika anda sedang atau baru ingin mencuba produk sebegini, baiklah dihentikan serta merta bagi mengelakkan kemudaratan dimasa akan datang.

Apa sebenarnya Paraben?

Paraben adalah Benzoic Acid yang dibuat secara sentetik. Benzoic Acid yang sebenar terhasil dari buah buahan secara semulajadi. Paraben pula bukan dari sumber semulajadi.

Paraben sangat meluas digunakan dalam produk kosmetik. Ia sangat mudah doserap oleh kulit, darah dan juga sistem pencernaan. Paraban juga boleh mengganggu sistem endokrin dan sistem hormon manusia. Methylparaben dan prophylparaben adalah yang paling kerap dijumpai dilabel kandungan produk. Penggunaan Paraben yg berpanjangan boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser yg sering dihidapi oleh wanita.

Kita mungkin tidak nampak kesan kemudaratan dari bahan bahan ini sekarang atau sekelip mata selepas pemakaian. Kesannya seperti ombak yang menghakis pantai. Perlahan tapi tetap menyumbang perubahan. Jadi, hati hati yang kawan kawan.

Kalau nak kenal produk yang anda guna atau yg ingin anda beli mengandungi hydroquinone, tretinoin dan merkuri, anda boleh la baca entry sebelum ini yang bertajuk, cara kenalpasti  produk kosmetik beracun, mebahaya dan memudaratkan kulit wajah.

 

{ 2 comments… read them below or add one }

Wan November 5, 2017 at 11:27 am

Takut sangat2 bahan kimia. Tanpa kita sedar duk tempek kt muka

Reply

azszua03 November 5, 2017 at 11:34 am

itulah wan, kadang ghairah sgt nak cantik kita lupa pasal keselamatan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: