APA ITU ENDOMETRIOSIS DAN BAGAIMANA ENDOMETRIOSIS TERJADI

by azszua03 on 17 October 2017

Assalamualaikum semua…

Sebelum sebelum ni kak miah banyak menulis dan kupas tentang masalah cyst atau sista. Alhamdulillah ramai yang menghubungi kak miah untuk berkongsi masalah dan juga mendapatkan pandangan kak miah. Insyaallah minggu ini kak miah nak menulis dan kongsikan dengan kawan kawan semua satu lagi isu iaitu Endometriosis.

Di Malaysia, 10-20 peratus dari wanita diusia reproduktif menghidap Endometriosis. Satu angka yang agak besar dan dijangkakan akan terus meningkat.

Apa itu Endometriosis?

Endomestriosis adalah salah satu masalah sakit puan atau ginekologi yang terjadi kepada wanita diusia subur iaitu antara 15 tahun hingga 49 tahun. Endometriosis adalah gabungan 2 perkataan dari bahasa greek yang iaitu Endo bermakna “Dalam” dan Metra bermaksud “Rahim”. Endometriosis adalah kejadian atau keadaan dimana berlaku lapisan tisu yang meliputi bahagian dalam rahim didapati berada dibahagian luar rahim atau dibahagian reproduktif wanita.

Endometriosis menyebabkan kesakitan pada bahagian pelvis tetapi boleh merebak ke bahagian lain

Tisu endomestriosis ini akan sentiasa mengalami keradangan, inflamasi dan berdarah yang mengakibatkan pendarahan dalaman. Tisu yang tertanggal akan menyebabkan parut tisu dan keradangan seterusnya mengakibatkan penghidap mengalami kesakitan dibahagian reproduktif seolah seperti senggugut.

 

Bagaimana Endometriosis Terjadi?

Rahim wanita mempunya 3 lapisan iaitu lapisan paling dalam dipanggil endometrium, lapisan otot rahim yang tebal dipanggil Miometrium dan lapisan nipis bahagian luar disebut sebagai Serosa. Sila lihat gambarajah untuk lebih memahami.

Diagram normal uterus

Endometriosis mula terjadi apabila terdapat tisu endometrium yang sepatutnya luruh sebagai darah haid dan keluar dari ruang pelvis terperangkap atau tertinggal disebabkan tersekat untuk keluar. Apabila  pendarahan dalaman berlaku diruang pelvis, proses penguraian tisu tisu endometrium akan menyebabkan keradangan didinding pelvis. Penghidap endomestriosis akan merasa kesakitan akibat dari tisu parut mula terbentuk kerana inflmasi tersebut.

Tisu endometrium yang tidak normal juga sering terjadi dibahagian ovari, tiub fallopio, usus kecil, pangkal faraj, kawasan pundi kencing, ligamen di rahim dan dinding abdomen selain dari bahagian rahim (otot miometrium) dan bahagian belakang rahim. Selain itu, tisu endometrium yang tidak normal juga sering ditemui dibahagian bekas luka pembedahan lama bahagian pelvis.

Antara bahagian yang seri terjadinya tisu endometrium yang tidak normal

Jika tisu endometrium tumbuh dibahagian otot rahim ia digelar tisu admoniosis. Tisu endometrium ini boleh menembusi otot miometrium dari dalam hingga  ke dinding bahagian luar.  Tisu admoniosis ini berpotensi membesar dibawah pengaruh hormon estrogen dan mengakibatkan gumpalan darah seperti haid tetapi tidak akan luruh atau keluar. Ia akan terus menempel dibahagian otot rahim selagi tidak dirawat.

So, kak miah harap kawan kawan sudah mula memahami penjelasan diatas tentang apa itu endometriosis dan bagaimana ia terjadi. Penting untuk anda tahu terutamanya jika anda didiagnosis menghidap endometriosis ataupun mengalami simptom simptom endimetriosis. Jumpa di entry seterusnya!

 

{ 1 comment… read it below or add one }

Su November 7, 2017 at 2:11 pm

Cegah sebelum terkena.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: