SIMPTOM SIMPTOM ENDOMETRIOSIS YANG WANITA PERLU TAHU

by azszua03 on 18 October 2017

Assalamualaikum…

Endometriosis adalah penyakit yang mempunyai gejala atau simptom simptom tertentu. Simptom simptom ini biasanya terjadi hingga menyebabkan wanita itu bersetuju didiagnosis oleh ahli perubatan. Tanda tanda atau simptom simptom kepada endometriosis yang paling selalu dikesan ialah :

1.Senggugut yang teruk.

Simptom yang paling biasa dihadapi oleh penghidap endometriosis ialah senggugut yang teruk sebelum waktu kedatangan haid. Tetapi, tidak semua yang mengalami senggugut bermakna mereka menghidapi endometriosis. Senggugut yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama yang belum berkahwin adalah kerana penguncupan dinding rahim yang kuat dan pangkal rahim yang sempit. Penguncupan dinding rahim ini disebabkan hormon protaglandin bagi membantu mengeluarkan tisu endometrium dan darah haid ke saluran pangkal rahim.

Bagi yang mengalami senggugut biasa, kesakitan mungkin dialami dalam tempoh 3 hari permulaan sahaja, tetapi bagi penghidap endometriosis kesakitan akan berlarutan lama kadangkala sehingga selepas haid berhenti.

Senggugut yang teruk adalah tanda kerap bagi penghidap endometriosis

2. Sakit ketika melakukan Seks.

bagi wanita yang telah berkhawin, simptom mungkin boleh dikesan sekiranya mengalami kesakitan sewaktu melakukan hubungan intim bersama suami. ini kerana aktiviti seks akan menyebabkan tisu tisu endometrium tidak normal terganggu sekiranya ia wujud dikawasan pelvis atau pangkal rahim.

 

3. Masalah keguguran berulang dan keguguran diawal kehamilan.

Endometriosis juga dikesan kepada wanita yang kerap mengalami keguguran. walaupun punca sebenar belum dapat dikenalpasti, namun kemungkinan besar endometriosis mengganggu aras hormon hormon estrogen dan progesteron wanita hamil selain mengganggu penempelan dan pertumbuhan janin.

Endometriosis sering dikesan bagi wanita yang keguguran diawal kehamilan.

 

4. Masalah ketidaksuburan

 

Antara simptom endometriosis ialah ketidaksuburan

Kajian menunjukkan 30-40% wanita yang menghidapi endometriosis akan mengalami masalah ketidaksuburan. Bagi sesetengah wanita, endometriosis hanya mula dikesan selepas membuat pemeriksaan kesuburan. Antara penyebab endometriosis menghalang kehamilan adalah apabila saluran tiub follopio terdapatnya tisu tisu endometrium yang menyekat perjalanan ovum dan sperma. Begitu juga jika tisu endometrium terdapat di ruang rahim yang mengganggu proses penempelan dan pertumbuhan janin.

5. Rasa sakit ketika membuang air besar.

Jika berasa sakit pada bahagian ari ari atau bahagian belakang pinggang, kemungkinan juga antara simptom endometriosis. Keadaan ini disebabkan tisu tisu endometrium yang tumbuh dan membiak di bahagian belakang rahim. Kesakitan lebih dirasa terutama sebelum waktu tempoh haid bermula.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: