PUNCA PUNCA MENYEBABKAN ENDOMETRIOSIS TERJADI

by azszua03 on 20 October 2017

Assalamualaikum…

Kak miah masih mengupas tentang penyakit endometriosis lagi. Harap anda sudah tahu apa itu endometriosis dan dah tahu simptom simptom endometriosis sebagaimana entry kak miah sebelum ini. Hari ini kak miah nak cerita tentang punca punca menyebabkan endometriosis.

 

Ada 4 teori yang dikenalpasti sebagai punca terjadinya endometriosis. Walaupun kajian sudah banyak dibuat, tetapi masih belum dikenalpasti punca sebenar mengapa endometriosis sering mengganggu wanita. Statistik menyatakan satu dari empat oerg wanita  diwaktu umur subur, mengalami endometriosis. Jom kita lihat apa puncanya.

1. Kejadian Haid berundur.

Terdapat kajian menyatakan aliran haid yang berundur (aliran menyongsang) antara punca utama terjadinya endometriosis. Haid secara normalnya mengalir keluar sepenuhnya melalui pangkal rahim. Tetapi untuk kes ini, ia mengundur dan mengalir ke arah tiub follopio. Aliran haid ini membawa sekali tisu endometrium dan menyebabkan ia tumbuh di bahagian pelvis dan tiub follopio.

kejadian haid berundur yg keluar melalui tiub follofio

Walaupun Teori haid berundur ini masih belum terbukti, tetapi pertumbuhan tisu endometrium dibahagian lain selain ruang rahim dikatakan berkait rapat dengan sistem imun seseorang wanita. Wanita yang mempunyai imun yang kuat boleh mencegah pertumbuhan tisu endometrium yang tidak normal ini.

2. Hormon Estrogen

Punca lain yang masih belum terbukti ialah endometriosis dikatakan berpunca dari aras hormon estrogen yang berlebihan dihasilkan oleh tubuh wanita diusia reproduktif. Hormon estrogen diperlukan oleh wanita untuk menghasilkan tisu endometrium yang sepatutnya diruang rahim wanita sebelum ianya gugur sebagai darah haid.

Tetapi, dikatakan hormon estrogen yang berlebihan telah menyebabkan tisu endometrium “subur” sehingga ia mampu untuk tumbuh dikawasan lain terutama di bahagian pelvis.

3. Teori Metaplasia

Satu lagi teori yang dikemukakan oleh ahli perubatan ialah teori metaplasia. Metaplasia adalah berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud perubahan satu jenis sel yang berasal dari satu sel dewasa yang lain.

Teori ini menyatakan bahawa rahim, tiub follopio, ovari berasal dari satu tisu yang sama semasa janin. Jadi, tisu endometrium kemungkinan “tersesat” kebahagian lain dan membentuk endometriosis.

4. Saluran darah dan limfatik

Satu lagi teori yang digunapakai ialah bahawa tisu endometrium boleh memasuki saluran darah dan limfati untuk kebahagian lain dalam tubuh. Jadi, tidak mustahil untuk tisu endometrium ini terbentuk dan merebak menjadi endometriosis yang digeruni oleh wanita. Sekali lagi, sistem imun memain peranan penting bagi mencegah kejadian ini.

Ok, itulah 4 punca yang dijangkakan oleh pakar perubatan bagaimana endometriosis mula terjadi. Kita pasti tidak akan dapat mengesahkan punca yang mana satu adalah penyebab endometriosis seseorang. Tetapi, sekurang kurangnya ada benda yg boleh kita ambil berat untuk mencegah dari ia terjadi seperti meningkatkan imun tubuh kita.

Mungkin juga ada yang tertanya tanya bagaimana cara untuk mengesahkan bahawa benar benar wujud endometriosis dalam tubuh seorang wanita? Selain dari mengesan melalui simptom simptom yang ada, cara paling baik ialah dengan melakukan diagnosis secara terus. Tunggu entry sambungan lagi ya!

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: