BAGAIMANA MENDIAGNOSIS ENDOMETRIOSIS PADA SESEORANG WANITA

by azszua03 on 21 October 2017

Assalamualaikum…

Bersiaran dihujung minggu…kak miah sambung lagi cerita tentang endometriosis. Lepas dah tahu simptom, punca endometriosis, sekarang kak miah nak cerita pula pasal cara untuk mendiagnosis penyakit endometriosis ini secara lebih terperinci.

Sebenarnya terdapat beberapa prosedur dan ujian radiologi (pengimejan) yang perlu dilakukan oleh pengidap endometriosis bagi menyesahkan penyakitnya itu. Antara ujian awal yang biasa dilakukan oleh pakar atau doktor sakit puan ialah:

Ujian Darah.

Jika seorang wanita disyaki menghidapi endometriosis, ujian darah dilakukan untuk melihat hemoglobin darah sama ada rendah atau  normal. Jika tahap hemoglobin wanita tersebut rendah dan mengalami anemia, ia bermakna wanita terbabit mungkin mengalami pendarahan yang teruk. Sekiranya ini terjadi, wanita terbabit perlu diberikan bekalan darah bagi memastikan tahap hemoglobinnya kembali normal.

Jika hemoglobin darah tidak terlalu rendah, mungkin pesakit hanya diberi ubatan atau zat besi  untuk menstabilkannya. Selain itu ujian darah, CA12A juga mungkin dilakukan bagi mengenal pasti jika wujudnya sel dan tisu kanser. Ujian darah antara diagnosis awal yang dilakukan bagi mengesan endometriosis.

Ujian darah dilakukan bagi mengesan endometriosis

 

Pemeriksaan Fizikal.

Sebelum pemeriksaan fizikal dilakukan, pegawai perubatan akan bertanyakan beberapa soalan berkenaan sejarah kesihatan keluarga dan juga soalan berkenaan simptom simptom yang dihadapi. Sekiranya doktor mengesaki sesuatu, pemeriksaan bahagian pelvis (luaran) akan dilakukan.

Pegawai perubatan akan melakukan pemeriksaan terhadap kedudukan rahim, kesan parut, pangkal rahim bagi wanita yang pernah melahirkan anak. Jika pemeriksaan mendapati tempat yang diperiksa mengalami kesakitan, doktor akan diagnosis wanita tersebut menghidap endometriosis.

Imbasan Ultrabunyi.

Bagi mendapatkan keputusan yang lebih pasti, selepas melakukan pemeriksaan fizikal, satu prosedur imbasan ultrabunyi akan dilakukan. Walau bagaimana sekiranya keputusan yang diterima dari kedua dua prosedur adalah normal, masih belum boleh mengesahkan bahawa wanita terbabit bebas endometriosis. Ini kerana tisu endometriosis kadangkala sukar untuk dikesan kedudukannya jika saiz terlalu kecil.

Pengimejan dibiat menggunakan konsep gelombang ultrabunyi yang ditukar menjadi imej yang diligat dimonitor alat imbasan. Boleh juga menggunakan Magnetic Resonan Image (MRI) tetapi kos agak mahal.

Histerosalfingografi (HSG).

 

Prosedur HSG

Prosedur ini dibuat untuk mengesan sama ada terdapat tisu endometrium yang tumbuh dibahagian salur tiub follopio. Caranya ialah dengan memasukkan sejenis cecair seperti dakwat dengan menyuntik melalui rongga rahim.

Melalui x-ray, cecair akan memenuhi ruang rahim dan mengalir ke tiub follopio. Jika aliran keluar melalui tiub follopio tanpa sekatan atau halangan, bermakna tiub follopio adalah normal dan sebaliknya. Prosedur ini biasa digunakan juga bagi ujian pemeriksaan kesuburan.

Laparoskopi

Bagaimana Laparoskopi dilakukan

Kaedah terakhir untuk mendiagnosis endometriosis sekiranya prosedur lain tidak memberikan keputusan yang tepat. Laparoskopi juga boleh menjadi kaedah rawatan bagi endometriosis. Kaedah ini sudah begitu meluas digunakan dan sangat efektif.

Kelebihan pada kaedah ini ialah pegawai perubatan boleh melihat terus keseluruhan kawasan sistem reproduktif dengan jelas. Laparoskopi dilakukan dengan satu hirisan atau tebukan dibuat berukuran 5-10mm dibahagian sekitar pusat. Kemudian sebuah teleskop dimasukkan. Kaedah ini perku dilakukan di dewan bedah dan pesakit dibius.

Begitulah antara prosedur yang digunakan untuk mendiagnosis endometriosis sekiranya terdapat simptom simptom endomestriosis terhadap seseorang wanita. Jika melalu diagnosis menunjukkan keputusan yang positif, langkah seterusnya ialah dengan melakukan rawatan endometriosis.

 

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: