TRAVEL KOREA 2017 (PART 1): MENIKMATI MUSIM LURUH DI SEOUL KOREA

by azszua03 on 23 October 2017

Assalammualaikum semua…

Alhamdulillah hari yang kak miah nantikan sudahpun sampai. Hari ni kak miah, suami dan juga dak kecik Iesya akan memulakan perjalanan kami ke Seoul Korea. Plan perjalanan sejak tengah tahun 2017 lagi…memang menanti autumn in my heart…hehehe…

Waktu kak miah menulis ni…kak miah sedang menunggu flight jam 1.00 am 23hb Oktober 2017. Sekarang jam 12.12 am…tepat jam 12.00 tadi bermakna menginjaklah 1 tahun lagi umur en suami….selamat hari lahir buat suami tersayang, we love you soooo much…this holiday pun sempena menyambut birthday kami bertiga yang hampir hampir tarikhnya…

Happy Birthday Papa!

Ok…nak terbang dah…nanti kak miah sambung lagi bila sampai sana ya…

Touch Down Incheon Airport Seoul South Korea

Tepat jam 7.20 pagi flight D7506 touch down Airport Incheon Seoul Korea. Alhamdulillah kami telah selamat sampai. Yang paling best sepanjang penerbangan dak Iesya tidur tak ingat dunia. Dah keluar dari perut pesawat pun dia tak mau bukak mata. Sedap sangat tidur agaknye. Al maklum cuaca pun nyaman jer. Suhu di Incheon ialah 10° celsius.

Lepas clearance kastam dan imigresen, ambil bagasi dan kami terus keluar dari airport. Guide kami pun sudah menunggu di luar. Alhamdulillah walaupun org ramai touch down Incheon pagi ni, tapi kami dpt special lane sebab menumpang tuah dak Iesya. Xperlu kami beratur panjang menunggu giliran. Itulah kelebihan kalau bawa anak anak kecil. Inilah salah satu Tips kalau nak melancong ke Korea.

Iesya 1st Pic at Incheon Airport

Dari airport kami terus ke guest house utk simpan bagasi dan juga rehat sementara tunggu zohor. Lepas zohor bermula la kami menjelajah Seoul. Oh ya, waktu di seoul ni cepat 1 jam dari Malaysia. Jika di Malaysia jam 1 petang, di Seoul sudah jam 2 petang. Senang sahaja nak ingat. Jadi masa agak terhad, jam 2 petang (waktu seoul) kami bergegas utk ke tempat pertama dalam Itinerary kami.

Gyeoungbokgung Palace.

Istana Raja Korea yang sangat besar dan masih digunakan sampai kehari ini. Terletak ditengah tengah kota Seoul. Kalau perasan biasa dalam drama drama kalau ada scene scene raja, biasanya disinilah mereka berlakon. Istana ni sangat luas, kak miah pun tak larat nak round satu kawasan istana. Istana ini ditutup setiap hari Selasa untuk proses pembersihan. Disediakan juga tempat untuk sewaan baju tradisional korea. Sesuai untuk bergambar di istana ini.

GyeongbokGung Palace

 

di salah satu taman di istana Gyeongbokgung

Pintu masuk Istana Gyeongbokgung

Bandaraya Seoul

Selepas keluar dari istana Geyoungbokgung, kami meneruskan lagi aktiviti. Bersiar siar di kota Seoul. Ada satu kawasan dimana bangunan bangunan kerajaan berdiri megah. Terjumpa pula dengan orang sedang buat demonstrasi secara aman. Demontrasi ada kena mengena dengan peristiwa feri tenggelam yang mengorbankan 304 orang remaja sekolah. Peristiwa Sewol pada 16 April 2014. Ketika disinilah Iesya dapat 2000 won ada orang pakcik beri, orang orang tua korea memang suka kanak kanak.

Kami di tengah tengah kota Seoul

 

Salah satu tugu ingatan di tengah kota Seoul

 

Kalau ke Korea jangan lupa cuba susu pisang ni

Isadong Street

Kemudian kami naik bas ke Isadong pula. Kat Isadong ni ada art street yang menjual pelbagai hasil seni dan cenderamata. Kami melihat lihat sahaja. Sebab guide pun kata cenderamata disini tak banyak pilihan berbandi tempat yang akan kami pegi esok. So, dqlam setengah jam je kat Isadong street ni then kami decided untuk pegi makan dan terus balik ke guest house.

Nak balik ke guest house tadi kami stop disebuah kedai buah buahan. fuhhh…kalau tengok buah buah di korea ni sgtlah mengiurkan dan segar segar. Sekarang ni musim pisang kaki katanya. So, memang banyak la pisang kaki dijual dimana mana kedai buah. Iesya seperti biasa sentiasa untung lebih, ada ahjuma bagi buah limau pula. Memang diaorg suka melayan kanak kanak. Iesya pun tak byk karenah sepanjang hari ni. Alhamdulillah.

Maka hari pertama travel ke korea banyak mengenalkan kami tentang budaya dan kemesraan masyarakat disini. Jujurnya mereka memang begitu tertib dan peramah. Dan pembersih juga. O.k nanti kak miah sambung lagi untuk hari kedua esok yer…esok ada aktiviti Shopping! stay tune!

{ 2 comments… read them below or add one }

farah November 3, 2017 at 8:31 pm

comel sangat iesya

Reply

Kak miah November 3, 2017 at 8:35 pm

Iesya je ke…mama dia tak comel? Hahaha….tq farah singgah

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: