TRAVEL KOREA 2017(PART 2): SHOPPING APA DI SEOUL?

by azszua03 on 26 October 2017

Assalamualaikum….

Kak miah masih bersiaran dari Seoul Korea. Alhamdulillah, hari ni hari kedua disini. Jangan lupa baca entry sebelum ni tau. Pagi pagi lagi dah bangun. Subuh sini pukul 4.25 pagi….sejam awal dari Malaysia. Nak wuduk subuh paling seram sebab air disini macam air batu sejuknya. Ada heater, tapi takut kulit kering sangat. Ini pun dah start kering rasanya.

Ok…hari kedua kami keluar dari guest house jam 9.30 pagi waktu korea. Atau 8.30 pagi waktu malaysia. Hari ni rasanya suhu semakin rendah. Kak miah lak lupa nak bawa nutriferon japan datang korea. Huhuhu hidung dah rasa cam tersumbat je nih…lama dah tak selsema…

Namasangok Hanok Village.

Tempat pertama kami lawati hari ini ialah Namasangok Hanok Village. Kami menaiki bas awam ke Hanok village. Dekat je dengan guest house kami, dalam 15 minit dah sampai. Sebelum masuk ke kawasan bersejarah ini, kami bertiga mengenakan costume traditional golongan DiRaja Korea. Si kecik Iesya tak sabar sabar nak pakai “baju princess” katanya. Dia la yang paling gembira dapat pakai costume tu.

Anak papa sgttt

 

Feeling sgt jadi permaisuri raja…hahaha

 

Always will be my princess

 

My happy family

Harga sewaan costume tu bagi dewasa ialah 20,000 won sepasang dan bagi kanak kanak ialah 15,000 won sepasang. Jangan risau kalau tak tahu nak pakai, sebab “onni” kat kedai tu akan bantu anda bersiap. Lepas tu sila la bergambar sepuasnya ok.

Masjid Itaewon, Seoul Korea

Selepas lebih kurang satu jam setengah bersiar siar di Namasangok Hanok Village, kami meneruskan perjalanan ke Itaewon. Itaewon ni kiranya tempat wajib bagi orang Malaysia kot. Kat sinilah kita akan jumpa ramai orang Malaysia dan Indonesia. Sebabnya disini terletaknya Masjid Terbesar di Seoul. Jadi, antara perkara wajib bagi org Malaysia dan Indonesia bila datang korea ialah, singgah solat di masjid ini.

Allahuakbar!

 

Dalam masjid

Di Itaewon inilah tempat paling mudah untuk mencari makanan halal. Begitu banyak kedai kedai makan yg dibuka disekitar masjid Itaewon ini. Dari makanan Korea sendiri dan juga makanan halal dari Turki, India, Lubnan, Indonesia dan Malaysia semua ada disajikan. Juga terdapat kedai menjual keperluan makanan kering dan basah disini. Kalau dikawasan lain, memang sangat susah untuk anda temui kedai makanan halal.

 

Namsan Tower

Dari Itaewon, kami menaiki bas ke Namsan Tower. Taklah jauh mana, dalam 15 minit perjalanan sahaja. Namsan Tower ni terkenal dengan kunci kunci cinta. So, memang ramailah orang bercinta yang datang kesini untuk berjanji sehidup semati. Hahaha…dengar boleh, percaya jangan.

Ku kunci cintamu….

 

Namsal Seoul Tower

Kak miah datang amik gambar jelah sebagai kenangan. Salah satu tempat famous la katakan..kenalah jejakkan kaki kan.hehehe…

Nandaemun Market

Nandaemun market ni pada kak miah wajib pergi. Sebab sinilah tempat shopping yang heaven gitu. Meriah sangat. Suasana seperti pasar malam, tapi tiada jualan makanan disini. Hanya pakaian dan aksesori. Disebabkan waktu kak miah datang ni sedang musim luruh. Cuaca sejuk dan berangin. Makanya banyaklah dijual baju baju musim sejuk. Ada yang mahal dan ada yg murah. Bukan baju terpakai tau. Semua baju baru dan berlabel.

Suasana di Nandaemun market

 

Sempat beli beberapa helai seluar iesya

Jaket musim sejuk boleh dibeli dengan harga sehelai 5,000 won sahaja. Murah sgt kan? Mana nak dapat kat Malaysia harga macam tu. Sempat juga belikan seluar iesya 2 helai, tapi agak mahal 25,000 won harganya. Kak miah beli baju knit 2 helai 25,000 won dan pasti kat Malaysia baju begitu agak menjerut leher harganya.. hehehe.. yg best style style baju disini pastinya latest dan up todate…. ouucchhh… korea sgt…

Selain tu kak miah beli ole ole untuk family dan survenior kat Nandaemun market ni juga. Beli fridge magnet dan t shirt “i love korea”. Malas nak survey survey harga. Beli je mana yang kak miah nampak. Lagipun masa nih rasa sejuk dah sampai ke tulang. Tak tahan!.

 

Myeongdong

Dah banyak jalan, hari semakin gelap…perut pun dah berkeroncong. Saat saat ginilah kak miah akan merindui trip trip shaklee. Hahaha…harapan!…sebab trip shaklee perut takkan pernah sempat nak lapar.

So, shopping sampai haripun dah malam, syukur dah siap siap solat tadi. Sini pukul 6 petang pun dah macam 9 malam tau. Cepat sgt rasanya siang tamat. Al maklum dah nak masuk musim sejuk. So, habis shopping (yang sebenarnya habis duit nak shopping) kami pun berjalan kaki mencari tempat makan. Kami menuju ke Myeongdong.

Myeongdong terkenal dengan street food atau kedai makanan jalanan. Kat sini ada makanan yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh dimakan oleh orang islam. So kena pandai memilih wokey. Dalam JJCM kat TV3 aritu ada cerita tentang Myeongdong ni. Boleh la anda refer yg mana gerai boleh dan mana yang tidak.

Fresh juice

 

Gerai jual manisan korea, sempat la beli dan merasa

Kak miah dan suami memilih untuk makan di kedai berhampiran je bukan street food. Makan di kedai makan di Korea memang agak mahal. So budget utk makan perlu lebih lebihkan yer. Terutama jika anda ingin mencuba makanan Korea. Macam kak miah memang takde prepare bawak beras segala dari rumah. So mmg akan beli sahaja makanan bagi menjimatkan waktu. Cuma ada bekalan maggie sepeket diwaktu kecemasan dan biskut serta roti untuk keperluan si kecik.

kedai paling mahal…tapi makan biasa biasa je

Waktu balik melalui street food kami singgah beli manisan tradisional Korea. Manisan tersebut diperbuat dari madu dan tepung jagung. Then diletakkan perisa almond, buah buahan atau coklat. Sedap sangat rasa dia. Manis dan cair dimulut gitu.

Dalam jam 9.30 malam kami balik menaiki subway. Agak full itinerary kami hari ni tapi puaslah berjalan dari pagi. Iesya lom sampai rumah dah tertidur dalam stroller. Hihihi…esok kak miah leh rehat lebih sikit sbb kak miah free and easy esok. Rancangnya nak ke Lottle Mall. Yeahhh…tunggu entry seterusnya.

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: