TRAVEL KOREA 2017 (PART 3) : TERCAPAI HASRAT BAWA IESYA KE LOTTE WORLD AQUARIUM

by azszua03 on 30 October 2017

Assalamualaikum….

Lepas penat berjalan semalam menyusuri bandar Seoul, hari ni kak miah sekeluarga free n easy, bangun suboh 4.30…pastu sambung tidur balik sampai pukul  kul 7.00 pagi. Puas dapat rehat…hahaha…bukan fikirkan diri ni, tapi fikirkan si iesya. Kesian kat dia kalau penat sangat. Tak nak dia cranky pulak nanti kan, so biar dia tidur puas puas. Bangun tidur happy jer.

So, pagi ni lepas sarapan, kami bersiar2 kat luar guest house sebelum bersiap untuk ke Lotte Mall. Sempat buat Live FB pasal pokok pisang kaki yang sedang musim sekarang. Siapa nak tengok pisang kaki tu camner dan pokok dia camner rupa boleh la ke FB kak miah k.

Sebelum berangkat ke Lotte Mall, kami semak maps dan juga subway lane sebelum memulakan perjalanan. Sebab takde guide hari ni. Insyaallah, berbekalkan pengalaman subway di beberapa buah negara sebelum ni seperti di Guang zhou dan Japan, walau nampak berselirat, padat ngan manusia…kami redah je…kalau sesat itu satu pengalaman juga kan…

Oh ya, kak miah dah siap siap juga download aplikasi subway seoul semasa dari Malaysia lagi. Alhamdulillah mudah sangat bila guna apps tu. Kami tukar beberapa station pun masih tidak mengelirukan. Credit to my friend Ayachalo.com yang suggest apps ini.

Apps yang kak miah guna semasa di seoul

So, hajat kak miah ialah nak bawa Iesya pergi ke Lotte World Aquarium. Nak tengok ikan dan hidupan laut yang lain. Iesya lom pernah lagi pergi mana mana Aquarium di Malaysia atau luarnegara. So kak miah n abg PB agak teruja nak bawa dia merasa pengalaman pertama. Selain tu nak ke Hardrock Cafe Seoul yg terletak di Lotte Mall juga.

Dari Station Hansung University (kawasan guest house kami) kami perlu ke station Jamsil yg terletak berdekatan dan berhubung dengan Lotte Mall. 2 kali tukar train dan transfer lane sebelum sampai Jamsil. Bila dah rasa sendiri pengalaman naik subway di seoul ni….takdelah susah mana pun asalkan tahu destinasi kita. Maps subway ada dimana mana.

Dalam setengah jam menaiki train, sampailah kami ke Lotte World Aquarium akhirnya. Aquarium ini tersangatlah besar dan bertingkat tingkat. Dari sekecil kecil ikan hinggalah ke ikan paus semuanya ada. Maka tercapailah hajat kami berdua untuk bawa iesya ke sini. Alhamdulillah. Dia memang sangat teruja walaupun kadang kala ketakutan tengok hidupan air yang besar macam Beluga whale dalam video dibawah.

Tiket masuk ke Lotte World Aquarium

Oh ya, lupa pula nak inform berapa harga tiket. Mula mula baca dicarta, sekeping tiket untuk foreigner 30,000 won bagi dewasa dan 20,000 won untuk foreigner kids. Tapi waktu buat bayaran, girl yg jaga casher tu ckp ada diskaun hari ni. Kami cuma bayar 24,000 won seorang utk dewasa atau 48,000 utk kami berdua dan iesya dpt masuk Free! Sbb Iesya belum 3 tahun lagi (padahal lagi seminggu ja iesya nak masuk 3 tahun) so memang rezeki kami hari ni. Kalau tak dekat 80,000 won juga perlu dibelanjakan untuk tiket.

Bukan Iesya je tau teruja tengok ikan ikan di aquarium ni, mama dan papa dia pun sama. Hahaha….banyak spesis ikan yang 1st time kami dapat lihat seperti ikan Pirannah ni. Pirannah ni memang tak ada di Malaysia. Dilarang membawa masuk ke Malaysia kerana khuatir akan terlepas ke perairan Malaysia dan membiak pula kan. Dah la orang Malaysia banyak daging dan lelemaks macam kak miah. Hahaha…mau tak gembira Pirannah tu kalau jumpa!

1st time tengok Pirannah live depan mata tau.

Ha, ikan kat bawah ni pun sangat menarik perhatian kak miah. Very the amazing! Nampak tak? Warna dia sangat cantik dan berkilat. Macam disalut dengan alumminium foil gitu! Cantik sangat spesis ikan ni.

kagum tengok ikan ni…cantik

Lepas beberapa minit berada dalam world aquarium ni, kami berpeluang untik menonton pertunjukan singa laut. Walaupun tak faham bahasa Korea, tapi pertunjukan singa laut ini sangat menghiburkan. Iesya ralit tengok singa laut beraksi.

Jom lihat suasana di dalam Lotte World Aquarium ni lagi. Tengok reaksi muka dak iesya yang macam macam tu. Hahaha…kebanyakannya ketakutan dengan ikan ikan besar dalam akuarium tu.

salah satu aquarium besar di sini….

 

Ada budak ketakutan dengan ikan ikan besar

Ok, bawah ni pula antara video yang sangat berharga yg sempat kak miah rakamkan. Kebetulan sewaktu kami duduk di kawasan ini…si comel Beluga ni datang hampir dengan kami. Sebelum sebelum tu dia tak kelihatan langsung walau ramai yang menunggu dia menunjukkan muka. Cer tengok, comel sgt dia dengan “smiling face”.

 

 

Lama juga kami menghabiskan masa di dalam Lotte world aquarium ni. Sedar tak sedar dah nak petang. Lupa yg kat Korea sekarang siang pendek…lagipun duduk dalam subway dan mall mana nak nampak cahaya matahari. Bila perut dah mula minta makan, dan makanan halal pula takde sekitar kami, biskut yg bawa bekal pun tak mampu nak cover rasa lapar dah….hahaha…kami buat keputusan untuk ke Itaewon untuk beli makanan.

Tapi sebelum tu sempat la menunaikan hajat en suami nakkan sehelai T-shirt Hardrock Seoul sebagai kenangan. Sejenis pengumpul baju hardrock kalau keluar negara. Syukur sebelum datang korea kak miah dah tanya pada kawan yg pernah ke Lotte ni dimana letaknya Hardrock Seoul, sebab tahu mesti En suami kak miah tu akan mencari. Alhamdulillah jumpa, dekat sangat dengan Lotte World Aquarium. Cuma tekan lift naik tingkat 5 sahaja.

Hardrock Seoul Lotte Mall

So, selepas sesi mendapatkan barang yg dihajati olehnya, kami pun jalan kaki ke station Jamsil semula. Naik train hingga ke Dongdaemun untuk tukar train ke Itaewon. Semuanya berjalan lancar. Naik lift utk ke tingkat atas subway tengok tengok dah gelap dah. Dah macam pukul 7 malam padahal masa tu baru jam 5 petang waktu Korea.

Singgah makan di Mr Kebab di Itaewon. Siap siap tapau juga bekalan utk sarapan esok. Susah nak cari makanan halal di sekitar tempat penginapan kami. Lepas makan, kami ke station subway semula dan balik ke guest house. Lepas solat, terus tido sebab esok nak bangun awal nak ke Pulau Nami! yeah….

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: