TRAVEL KOREA 2017 (PART 4) : KEINDAHAN MUSIM LURUH DI PULAU NAMI

by azszua03 on 31 October 2017

Assalamualaikum…

Satu lagi itinerary yang dinanti nanti oleh kak miah selain Lotte World Aquarium ialah itenarary ke Pulau Nami. Salah satu sebab kenapa kak miah pergi waktu autumn ke Korea ialah kerana, musim luruh di Pulau Nami ini tersangatlah mengamit hati. Berbeza dengan musim musim yg lain. Kak miah teringin sangat nak bergambar dalam suasana “keemasan” disini. Hati kuat sangat nak tengok Pulau Nami sama macam gambar di Vision Board kak miah.

Gambar Nami Island di Vision Board kak miah

So, pentingkan ada Vision Board, supaya apa impian kita selalu kita lihat. Selalu dalam doa kita. Dan satu kepuasan bila kita telah mencapainya. Jadi, jangan takut untuk berimpian. Impian, usaha dan doa insyaallah pasti akan menjadi realiti.

Ok jom saya cerita tentang perjalanan ke Pulau Nami. Kami bergerak dari Guest House lebih kurang jam 9.30 pagi. Siap siap sarapan terlebih dahulu sebab perjalanan agak jauh dan melibatkan beberapa pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang pertama kami gunakan ialah bas awam. Dari Seongbuk menaiki bas bernomber 273 dan berhenti di station terakhir iaitu Shinnae.

Dari Shinnae, kami menaiki train ke Gapyeong. Perjalanan dari Shinnae ke Gapyoeng agak lama dan akan melalui 7 ke 8 station menurunkan dan mengambil penumpang. Tiada penukaran station atau transfer lane.

sampai di stesen shinnae….naik train ke Gapyeong

Sampai di Gapyoeng, keluar dari station dan menaiki Teksi ke jeti. Yang bestnya di Korea ni, semuanya tertib dan mengikut peraturan, tak perlu nak berebut, semua orang beratur menunggu giliran dengan sabar. Selalu bertolak ansur dan mengutamakan kanak kanak atau warga emas. Sikap terpuji yang harus dicontohi. Mereka sangat menghargai masa. Macam rakyat Jepun juga. Tak suka berlenggang kangkung, mereka buat kerja pantas dan tepat.

Di Jeti, beli tiket untuk menaiki feri pula sebelum betul betul sampai di Pulau Nami. Sebelum gerak naik feri, kak miah sempat bergambar kat sini dengan Iesya. Cantik kan?

Tempat beli tiket feri

Dari Jeti ke Pulau Nami taklah jauh mana. Dalam 10 minit je dah sampai ke pulau nami menaiki feri. Pulau nami juga dikatakan sebuah republik yang lain dari korea selatan. Sejarah mengatakan ada seorang Raja yang mangkat di Pulau Nami tapi sehingga kini tidak ditemui kuburnya. Jadi mereka menjadikan Pulau Nami sebagai NAMIRA REPUBLIC. Haaa….sedap namanyakan.

Naik feri ke Namira Republic

“Touch down” sahaja di Pulau nami sudah tengahari, jadi perut pun sudah lapar. Kami terus ke Restaurant Asean Cussine untuk makan tengahari. Nanti kak miah cerita apa yg best di Asean Cussine k. Sebelum dapat masuk dan makan, kami terpaksa menunggu sekejap kerana restauran sedang penuh. Yelahkan waktu makan tengahari. Tapi, lagi rezeki sebab dapat bermain main dengan burung merak seperti dalam video dibawah ni. Sangat jinak tau haiwan haiwan disini. Mungkin kerana sudah biasa dikelilingi manusia. Seronok Iesya dapat tengok Peacock dekat dekat….tapi dia kata peacock ni “chicken” hahahah…layan…

 

Lepas makan, kami menjelajah la seluruh Pulau Nami. Yang paling penting ambil gambar banyak banyak sampai puas hati. Ada yang menyewa basikal untuk mengelilingi pulau. Tapi kami hanya berjala  kaki bertiga mengelilingi pulau nami. Jom jamu mata lihat keindahan Pulau Nami. Autumn in my heart gitewww….

“Keemasan” …yang ku impikan

 

Like mother like doter….

 

Love this pic!

 

My small happy family

 

With monumen winter sonata

 

In love….

Sepanjang hari di Pulau Nami sangat memuaskan hati. Sedih rasa nak meninggalkan pulau yang cantik ini. Tapi terpaksa la meninggalkan pulau ini sebelum hari gelap. Jam 5.30 petang kami pulang menaiki feri semula. Itinerary terakhir kak miah sekeluarga sebelum pulang ke Malaysia pagi esoknya. Insyaallah jika ada rezeki kak miah akan repeat lagi datang sini.

Semoga penulisan kak miah ni dapat memberi gambaran dan juga manfaat kepada anda semua. Insyaallah ada lagi entry pasal Korea yang kak miah akan tulis lepas ini. Terutama tentang tips tips melancong ke Korea, ringkasan budget untuk melancong dan juga tentang makanan di Pulau Nami Korea. Stay tune!

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: