TRAVEL KOREA 2017 : RESTORAN ASIAN CUISINE DI PULAU NAMI, NAMIRA REPUBLIC

by azszua03 on 1 November 2017

Assalamualaikum….

Ini entry khas tentang Restoran Asian Cuisine di Pulau Nami. Kenapa ada entry khas? Sebab makanan kat sini yg kak miah rasa sedap dan menyelerakan. Selain suasana dan kemudahan yang disediakan sangatlah lengkap. Sebelum ni ada terbaca dan kawan kawan yang pernah ke Korea pun ada beritahu kalau nak makan silalah ke Asian Cuisine.

Nampak macam takde orang, tapi kat dalam takde tempat lagi nak makan.

 

Ruangan Makan di Asian Cuisine

Waktu kami sampai adalah waktu makan tengahari, jadi restoran penuh dan terpaksa menunggu dalam 15 minit. Oklah perut pun taklah kelaparan sangat lagi. Once duduk je di meja dan diberikan dengan buku menu, terus jer rasa lapar dan nak makan macam macam bila tengok menu. Teruk betul perangai. Guide yang bawa kami kesini suggest beberapa menu yang pada pendapat dia sedap.

Tengok harga kat menu hurmm…mmg gitulah standard kalau makanan halal kat Korea ni. Belas belas ribu won untuk semangkuk nasi atau mee. Convert sendirilah yer dengan duit Malaysia. Hehehe….kalau 1000 won lebih kurang RM4…tu pasal saya cakap kat entry sebelum sebelum ni, datang korea kena standby untuk spend banyak pada budget makanan halal.

5 hari di Korea kak miah sekeluarga spend lebih kurang RM1,000 juga khas untuk makanan sahaja. Sebab kami memang tak banyak bawa bekalan makanan dari Malaysia. Bawa utk keperluan Iesya sahaja. Memang begitulah kalau kami keluar negara, cuba makanan tempatan dan restoran halal yang lain. Tapi di Korea ni memang sangat terasalah mahal makanan disini.

Ok balik kepada Asian Cuisine. Penyediaan makanan memang agak pantas, jadi taklah kak miah dan keluarga lama menunggu makanan sampai. Pastu….rasa sangatlah kena dengan tekak kak miah. Serius sedap! Nikmat bila dpt rasa pedas cili. Org malaysia kannn… nak makan pedas pedas jugak. Menu kak miah makan nasi dan daging goreng….peerrgghhhh teringat ingat kesedapan dia. En suami lak makan mee tarik…sedap juga katanya dan kuah agak pedas. Overall mmg sedap la makan kat situ.

Nanti u olls kalau ke Pulau nami jgn lupa singgah makan kat Asian Cuisine tau. Recommended. Boleh la korang budget nanti nak makan apa. Korang takyah save sangat duit bab makan kat sini sbb berbaloi baloi terutama jika korang dah 3-4 hari makan tak kena selera cam kak miah. hahaha…

Ok itu bab makan. Apa yang lagi best kat Asian Cuisine ni ialah kemudahan bagi muslim. Lengkap dan sangat selesa. Mussolla bagi lelaki dan wanita juga sangat selesa. Ada kids room juga disediakan untuk kanak kanak. Dalam sejuk autum dapat solat dalam mussolla yg bersih dan selesa…nikmat sgt….alhamdulillah.

Ruang solat

Ruang menyimpan kasut

 

Ruang menunggu bahagian wanita

 

Ruang mengambil wuuk dan persalinan

 

Ok, tu sahaja yang kak miah nak kongsikan tentang Asian Cuisine. Semoga jadi panduan kepada kawan kawan yang berhajat nak ke Pulau nami. Nanti kak miah siapkan entry akhir tentang budget kak miah ke Korea ye.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: