PENGALAMAN MENAIKI ETS BERCUTI DI PULAU PINANG

by azszua03 on 6 November 2017

Assalamualaikum semua….

Kak miah dah lama peram gambar gambar dalam entry ni sampai dah balik dari bercuti di Korea pun tak publish juga lagi entry ni. Malam ni,  sempena #prayforpenang kak miah terus rasa nak tulis entry ni. Walaupun pengalaman dan percutian cuma secoet je. Mana tahu boleh memberi manfaat pada orang lain kan.

Percutian yang dirancang “mengejut” ini sebenarnya berpunca dari rasa teringin kak miah nak cuba dan nak merasa naik ETS. Al maklum, ETS dah lama beroperasi tapi tak berpeluang lagi nak mencuba. Pada mulanya nak pergi bertiga sahaja, kak miah, abg P.B dan Iesya. Then tanya kat mak, kalau kalau mak pun teringin nak merasa. Rupanya memang mak pun berhajat sebab kawan kawan mengaji beliau ada bercerita juga pasal ETS ni.

Oklah, ingat berempat sahajalah. Sekali adik pun teringin gak bawa anak anak dia jalan jalan terlanjur anak dia yang sulong bercuti (sekolah Tahfiz cuti terhad). Makanya kami berlapan la semuanya, 5 dewasa dan 3 kanak kanak ribena. Kebetulan waktu tu ada satu hari cuti umum. Tapi tak ingat cuti apa. Isnin cuti.

Kak miah dan abg PB pergilah beli tiket di kaunter KTM Tampin. 5 dewasa dan 3 kanak kanak harganya RM73. Tapi kak miah sampai Stesen Parit Buntar je. Mak nak melawat besan kat Parit Buntar. So we all decide dari Parit Buntar nanti nak sewa kereta sahaja. Nak berjalan kat Penang pun senang nanti ada kereta.

Maka, esok nak berjalan, hari ni baru call owner sewa kereta. Syukur ada sebiji Alza lagi takde orang sewa minggu tu. Memang rezeki kami Alza pun masih baru. Dah settle urusan booking, terus packing baju segala sebab esok nak gerak awal pagi. Tiket ETS jam 8.30 pagi. Yang paling teruja dan seronok pastinya budak berdua tu. Iesya dan sepupunya Amsyar.

KTM Tampin

kak miah bersama keluarga di stesen KTM Tampin- Pulau sebang

Tunggu sekejap jer, ETS memang sharp akan sampai pada waktunya. Maka bermulalah percutian pendek kami sekeluarga ke Pulau Pinang dengan menaiki ETS. Satu pengalaman baru bagi kami kecuali Abg P.B sebab dia setiap bulan pun naik ETS dan train.

1st timer ets

Iesya yang sangat excited nak naik train…

Kemudahan dalam ETS ni sangat lengkap dan selesa. Tandas dan tempat duduk sentiasa dibersihkan. Surau walaupun agak comel, tetapi bersih dan teratur. Kami memilih untuk duduk di dalam Coach C yang mana berdekatan dengan surau dan tandas. Terdapat juga cafe yang menjual makanan dan minuman.

ETS, ktm

keadaan dalam ETS. Selesa dan Bersih

Kami sampai di Stesen Parit Buntar sekitar jam  1.00 tengahari. Perjalanan dari Stesen Tampin ke Parit Buntar mengambil masa lebih kurang 5 jam. Sampai stesen Parit Buntar, terus ambil kereta sewa dan gerak menuju ke Nibong Tebal menemui keluarga akak ipar kami.

car rent, ets parit buntar

sewa kereta alza di Parit Buntar

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Singgah makan nasi kandar di Butterworth dan terus Check in Hotel yang sudah kami booking. Walau agak memenatkan, tapi semua gembira dengan pengalaman baru. Malam, kami keluar makan dan bersiar siar disekitar Butterwoth sahaja. Esok baru kita round Pulau!

Esoknya, awal pagi kami dah keluar. Terus Check out dari hotel dan mencari sarapan pagi dahulu. Lepas perut dah diisi, kami terus ke jeti dan menaiki feri. Budak budaklah paling seronok dapat naik feri. Sampai sahaja di pulau, kami terus ke Bukit Bendera.

feri penang, cuti penang

Kami di dalam feri menuju ke Pulau Pinang.

Last kak miah naik Bukit Bendera masa tu Kereta Kabel belum secanggih sekarang. Sekarang kereta kabel dah berdesup naik laju. Hahaha….oklah kan..sesuai dengan kemajuan negara gitew…

Bukit bendera, kerta kabel, penang

Kereta kabel menaiki Bukit Bendera skrg dah laju…hehe

Sampai di atas Bukit Bendera, kami santai santai melihat permandangan sekeliling Pulau Pinang. Mak la suka tengok pelbagai pokok bunga yang ada kat atas Bukit Bendera ni. Kemudian singgah minum ABC dan layan beberapa aktiviti yang disediakan oleh peniaga peniaga di atas Bukit Bendera ni.

bukit bendera, penang

Bukit Bendera with hubby, iesya and my mom.

Rasa dah takde apa nak buat kat atas Bukit Bendera ni, kami pun turun menggunakan kereta kabel semula. Lepas turun terus cari Masjid berhampiran dan solat jamak. Perut dah minta diisi, maka mencarilah kami kedai makan berhampiran. Layan nasi kandar la lagi….hahaha. Lepas makan, tanya adik dia nak kemana lagi? Katanya jom kita ke Lebuh Armenian untuk ambil gambar kenangan.

Penang Street Art, Lebuh Armenian, georgetown

Kak miah di Penang Street Art, Lebuh Armenian, Georgetown

Maka sampailah kami di Lebuh Armenian dan terabdilah gambar gambar ini sebagai kenangan. Ramai orang nak amik gambar di street art ni, so kena beratur dan bergilir gilir la.

lebuh armenian, armenian street, georgetown penang

Nak naik basikal takut pancit pulak…so possing jerlah di salah satu lukisan yg glamer di Lebuh Armenian ni…

Alhamdulillah, hajat mak kak miah nak naik Bukit Bendera yang dah lama tak naik tu tercapai. Hajat adik kak miah nak ke Lebuh Armenian pun tercapai. Hajat kak miah lak nak pekena nasi kandaq juga tercapai. Makanya pulang la kami dengan senang hati. Keluar dari pulau kami naik jambatan baru. Selalu gunakan jambatan yang lama. Kali ni nak merasa jambatan baru pula. short vacation yang awesome!

{ 2 comments… read them below or add one }

su November 6, 2017 at 10:54 pm

Nasi kamdar kat mana?

Reply

azszua03 November 7, 2017 at 12:40 am

kat kamdar

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: