RAWATAN PERUBATAN UNTUK PENGHIDAP ENDOMETRIOSIS PERINGKAT AWAL

by azszua03 on 7 November 2017

Assalamualaikum…

Penyakit Endometriosis yang tidak dirawat secara berterusan akan menyebabkan banyak kemudaratan terutama kepada sistem reproduktif wanita. Tisu endometrium yang tumbuh pada kawasan yang tidak sepatutnya ia berada boleh merebak dan merosakkan organ lain. Sedikit demi sedikit dan perlahan lahan merbahayakan diri wanita terbabit.

Impak lain jika tidak dirawat awal ialah boleh menyebabkan masalah ketidaksuburan terhadap wanita selain kesakitan yang harus ditanggung. Selalunya, simptom simptom endometriosis akan mengganggu dan membataskan aktiviti seseorang wanita. Kesan darinya ialah produktiviti kerja bagi wanita berkerjaya yang menghidap endometriosis sedikit sebanyak akan terjejas. Bayangkan apabila kesakitan menyerang, perlu berehat dan mengambil cuti.

Jadi, sekiranya anda mengalami simptom simptom endometriosis, dinasihatkan untuk segera mendapatkan diagnosis dan seterusnya mendapatkan rawatan sebelum ia menjadi lebih kronik. Antara rawatan awal yang boleh diambil ialah:

Rawatan Ubat Ubatan.

Rawatan permulaan untuk mengurangkan simptom biasanya ialah dengan diberikan ubat. Pengambilan ubat akan mengurangkan aras hormon estrogen. Walau bagaimana pun pengambilan ubat seringkali mengakibatkan ketidakselesaan kepada wanita. Sebagai contoh, rasa pening, loya dan juga panas badan.

Antara rawatan awal ialah dengan menggunakan ubat ubatan

Rawatan Ubat Tahan Sakit.

Ubat tahan sakit atau pain killer digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat pendarahan yang serius sewaktu senggugut. Contoh ubat tahan sakit yang biasa diberikan ialah Aspirin, Paracetamol, Coderine, Nuroten dan Voltaren bagi mengurangkan rasa sakit. Walau bagaimanapun ia tidak boleh diambil untuk jangkamasa lama.

Ponstan atau Prostaglandin Synthethase Inhibitor boleh digunakan untuk mengurangkan pendarah berlebihan ketika haid sekaligus boleh bertindak untuk mengurangkan kesakitan. Juga tidak sesuai diamalkan selalu.

Ponstan digunakan untuk meredakan kesakitan

Terapi Hormon.

Selain ubat tahan sakit,  pengidap endometriosis juga diberikan rawatan terapi hormon. Rawatan terapi hormon juga menggunakan pil pil hormon seperti Danazol, Gonadotprohin Realesibg hormon dan ubat antihormon RU-486.

Danazol adalah pil anti estrogen yang paling biasa digunakan untuk penghidap endometriosis. Ia boleh mengurangkan kesakitan , pendarahan berlebihan ketika haid selain mampu mengurangkan pertumbuhan tisu endometrium yang tidak normal.

Pil perancang juga sebagai terapi hormon bagi mengurangkan kesakitan dan pendarahan akibat endometriosis

Selain itu, pil perancang kehamilan yang mempunyai hanya sedikit dose estrogen juga boleh digunakan bagi mengurangkan simptom endometriosis. Ia juga mampu mengurangkan kesakitan dan pendarahan berlebihan sewaktu haid.

Demikian tadi beberapa jenis rawatan yang digunakan untuk digunakan bagi penghidap endomestriosis diperingkat awal. Bagi mereka yang mengalami endometriosis yang kronik, doktor akan melakukan rawatan yang lebih berkesan dan segera.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: