3 JENIS RAWATAN PEMBEDAHAN UNTUK PENGHIDAP ENDOMETRIOSIS KRONIK

by azszua03 on 8 November 2017

Assalamualaikum…

Sebelum ini kak miah dah kupas beberapa jenis rawatan yang biasa diberikan kepada penghidap Endometriosis peringkat awal. Tetapi, ramai penghidap endometriosis yang hanya membuat pemeriksaan dan diagnosis hanya selepas mengalami masalah kesuburan atau yang sudah tidak dapat menangggung rasa sakit, makanya, endometriosis yang dihidapi sudah kronik atau merebak pada bahagian reproduktif wanita terbabit.

Rawatan pembedahan biasanya adalah jalan terakhir yg perlu dihadapi oleh penghidap endometriosis kronik. Pembedahan membolehkan doktor membetulkan kedudukan rahim, merawat tiun follopio jika tersumbat, serta membersihan bahagian pelvis dari kotoran dan baham kimia disebabkan endometriosis. Terdapat 3 jenis pembedahan yang dilakukan kepada penghidap endometriosis mengikut peringkat masalah yang dihadapi :

1. Pembedahan Abilasi Endometriosis.

Kaedah pembedahan abilasi endometriosis ini melibatkan pembuangan dan pemusnahan lapisan dalam rahim. Terdapat 2 kaedah abilasi yang digunakan iaitu kaedah pembakaran menggunakan kuasa elektrik dan juga kaedah pembakaran menggunakan gelombang mikro.

 

Pembedahan Ablasi Endometriosis

Prosedur ini tidak memberikan kesan buruk kepada rahim kerana yang dimisnahkan ialah lapisan pada dinding rahim atau tisu endometrium. Kelebihan prosedur abilasi ini ialah peluang untuk penghidap endometriosis akan meningkat. Haid juga akan semakin lacar dan simptom senggugut akan berkurangan.

2. Pembedahan Pembuangan Sista.

Satu keedah lagi ialah pembedahan pembuangan sista sista coklat dari darah yang kadang kala berkumpul dan membusuk.  Keadaan ini biasanya dipanggil sistektomi. Kebiasaannya pembedahan secara Laparoskopi dilakukan bersama satu tebukan atau hirisan bersaiz 5-10mm dibuat dibawah perut yang berfungsi untuk membuang sista dan membersihkannya. Doktor juga akan membuat diatermi, iaitu tembakan laser dibahagian yang ditumbuhi endometriosis.

Pembedahan membuang sista

Apabila selesai bahagian rahim dan sekiranya akan dibersihkan dan dibasuh dengan cecair menghilangkan kotoran dan bahan kimia disebabkan sista yang pecah tadi. Sekiranya didapati tiub follopio tersumbat atau bermasalah, doktor juga akan cuba merawatnya sewaktu pembedahan ini dilakukan.

 

3. Pembedahan Pembuangan Rahim.

Histerektomi atau pembedahan pembuangan rahim adalah ikhtiar terakhir dalam perubatan moden. Dengan cara ini, tiada lagi tisu endometrium akan bertapak dan merebak.

Walau bagaimanapun jika penghidap masih didalam usia subur, adalah satu keputusan yang berat untuk melakukan pembedahan ini. Sebolehnya janganlah sehungga tahap terpaksa untuk membuang rahim.

Pembedahan membuag rahim

Jika dilihat ketiga pembedahan ini amat mengerikan dan sebolehnya ingin kita elakkan. Jadi, sekiranya terdapat simptom atau tanda tanda anda menghidap endometriosis, cubalah untuk dapatkan rawatan segera dan ikhtiar rawatan tanpa pembedahan dan dapatkan nasihat doktor.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: