BOLEHKAH ENDOMETRIOSIS MENYEBABKAN KANSER?

by azszua03 on 10 November 2017

Assalamualaikum….

Bila sebut perkataan kanser, pasti ramai wanita yang gerun. Yerlah, wanita lah paling terdedah dengan pelbagai jenis kanser dizaman ini. Tanpa mengira usia dan taraf hidup, kanser adalah penyakit yang tidak mengenal mangsanya.

Sejak berkurun lamanya, endometriosis dikatakan berkaitan dengan kanser ovari. Masalah ini dikatakan berkait rapat dengan punca kejadian endometriosis iaitu kejadian haid berundur. Satu penemuan khusus mendapati wanita yang menghidapi endometriosis mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap kanser ovari.

Jadi, bagi soalan Bolehkah endometriosis menyebabkan kanser? Jawapannya ialah Ya, endometriosis boleh menyebab terjadinya kanser. Jadi, cepatlah dapatkan rawatan dan jangan biar endometriosis merebak dan bersarang dalam badan kita. Rawatan awal endometriosis boleh menyelamatkan anda sekaligus.

Masalah Obesiti di negara ini juga menyumbang kepada meningkatnya graf penyakit kanser dikalangan wanita. Kajian mendapati, obesiti menyebabkan peningkatan hormon estrogen dalam badan seseorang wanita. Untuk wanita yang hampir menopaus pula, pengambilan terapi hormon juga akan meningkatkan paras hormon estrogen dalam badan. Estrogen menyebabkan endometriosis semakin parah dan merebak sekaligus menyumbang kepada kejadian kanser.

Perlulah wanita wanita diluar sana lebih berhati hati dan menjaga taraf kesihatan anda. Jika terdapat kelainan pada tubuh anda, silalah segera mendapatkan pemeriksaan pakar perubatan. Langkah paling bijak ialah dengan mengambil langkah pencegahan terutama sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mengalami penyakit kanser dan endometriosis ini. Penting juga mencegah Endometriosis kerana ia mempunyai kaitan dengan kesuburan wanita.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: