ADAKAH ENDOMETRIOSIS MENGGANGGU KESUBURAN WANITA?

by azszua03 on 11 November 2017

Assalamualaikum…

Bila sebut endometriosis sahaja pasti ramai yang terfikir penyakit ini adalah salah satu punca penyebab ketidaksuburan wanita. Ya, Benar endometriosis mengganggu kesuburan wanita. Terdapat beberapa teori yang mengaitkan ketidaksuburan dengan endometriosis.

Berbanding masalah cyst dan fibroid, ketidaksuburan disebabkan endometriosis adalah lebih ketara. Antara teori yang mengaitkan endometriosis dengan infertiliti ialah :

1. Kerosakkan organ reproduktif yang penting iaitu ovari.

Endometriosis boleh mengakibatkan kerosakan pada ovari apabila wujudnya endometriosis. Keadaan ini sekaligus menyebabkan ovari tidak dapat menghasilkan ovum yang sihat atau lansung tidak mengeluarkan ovum. Ovari adalah tempat yang paling kerap ditumbuhi tisu endometrium akibat endometriosis selain tiub follopio.

salah satu contoh kerosakan pada ovari

2. Masalah salur atau tiub follopio tersumbat.

Macam  yang saya katakan tadi, saluran tiub follopio dan ovari adalah bahagian yang paling sering dikesan mempunyai tisu endometrium. Tisu ini boleh menyebabkan tiub follopio tersumbat. Apabila tiub follopio tersumbat, akan menyebabkan ketidaksuburan kerana pensenyawaan tidak berlaku antara sperma dan ovum. Tiub follopio adalah kawasan pertemuan antara sperma dan ovum sebelum ia menempel di dinding rahim menjadi fetus.

tempat pensenyawaan sperma dan ovum

3. Penghasilan toksin yang memudaratkan.

Endometriosis menghasilkan beberapa jenis toksin di dalam rongga peritoneum yang boleh memusnahkan ovum dan sperma atau embrio yg terhasil. Toksin ini juga menyebabkan kesakitan dan kemudaratan jangkamasa lama apabila berada dalam tubuh badan seseorang wanita. Toksin ini adalah antara penyebab mengapa wanita yang menghidap endometriosis sukar untuk hamil.

4. Gangguan keseimbangan hormon wanita.

Satu lagi masalah yang dihadapi oleh wanita yang menghidap endometriosis sehingga mengalami masalah kesuburan ialah gangguan paras hormon. Semua dari kita sedar bahawa keseimbangan hormon adalah kunci utama bagi kesuburan wanita. Tapi bagi penghidap endometriosis mereka mengalami lebihan hormon estrogen yang mana tidak menggalakan kesuburan.

Jadi, jika anda mengalami masalah kesuburan, dan senggugut yang agak teruk, dapatkanlah rawatan dari doktor ataupun dengan ikhtiar mengambil set endometriosis yang saya cadangkan sebelum ini. Insyaallah, bukan sahaja merawat masalah endometriosis anda, tetapi juga memberi anda peluang untuk hamil dengan izinNya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: