TIPS MENJAGA LUKA PEMBEDAHAN SUPAYA CEPAT SEMBUH

by azszua03 on 12 November 2017

Assalamualaikum….

Hari ini kak miah nak kongsikan beberapa tips untuk kaum wanita yang akan menjalani pembedahan ataupun yg baru sahaja menjalani pembedahan. Tak kisahlah pembedahan apa sekali pun, pembedahan kerana bersalin, pembedahan pembuangan cyst atau fibroid, ataupun pembedahan akibat dari endometriosis. Tips ini boleh juga digunapakai bagi yang mengalami luka besar dibahagian lain selain dari bahagian perut.

 

 

Apa yang kak miah nak kongsikan ialah Tips menjaga luka pembedahan. Pentingnya tips ini agar luka anda segera sembuh dan yang paling utama tidak dijangkiti kuman.

1.Luka sentiasa bersih.

Maksudnya disini ialah memastikan kawasan luka anda sentiasa dirawat agak sentiasa bersih dan tidak menggunakan sentuhan secara langsung ketempat luka terbabit.

2. Jangan garu tempat luka.

Tangan kita terutamanya bahagian kuku jari kemungkinan sudah terdedah kepada bakteria dan kuman. Jadi, dengan menggaru bahagian luka akan menyebabkan jangkitan bakteria dan kuman kepada luka terbabit.

Selain itu, kuku juga dikatakan berbisa dan boleh mengakibatkan kulit merengsa apabila digaru. Elakkan menggaru kawasan luka walaupun setelah jahitan elok.

3. Mandi seperti biasa dan keringkan luka.

Ha, pernah saya dengar selagi tak baik luka tak boleh mandi. Mitos jer tu. Mandi pun punya khasiat tersendiri kan. Badan perlu segar utk kuatkan imun badan kita juga. So mandi macam biasa hari hari cuma untuk bahagian luka lepas mandi perlu dikeringkan dengan tuala kering dan bersih.

4. Biar luka terdedah kepada udara.

Tujuan adalah untuk memastikan luka kering disebabkan ada aliran udara. Jangan biarkan luka tertutup kerana akan menyebabkan perpeluhan dan sekaligus menggalakan bakteria dan kuman merebak ke luka anda. Keadaan ini boleh menyebabkan jankitan kuman dengan cepat. Bahagian luka harus sentiasa kering dan bersih.

5. Amalkan pemakanan berkhasiat.

 

Progress penyembuhan luka berkait rapat dengan nutrisi yang tubuh perlukan. Sangat penting untuk menjaga pemakanan sebelum pembedahan dilakukan lagi sehinggalah luka pembedahan benar benar sembuh. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan dan alergik seperti kekacang. Banyakkan makanan yang terdiri dari sayur sayuran, buah buahan dan juga protien.

6. Pengambilan vitamin tambahan.

Waktu terbaik mengambil vitamin adalah sebelum melakukan pembedahan apalagi selepas pembedahan dilakukan. Ini kerana, badan perlu dipersiapkan dengan bekalan nutrisi dan mineral sebelum menerima kejutan akibat pembedahan. Pembedahan mengakibatkan anda kehilangan darah dan juga proses penyembuhan memerlukan bekalan darah yang lebih dari biasa. Vitamin dan supplemen yang sangat diperlukan semestinya Multivitamin Vitalea (mengandungi iron dan zinc), B complex, Protien dan Vitamin C. Mengapa? Baca kat sini ya….

Ok, itu antara tips tips yang boleh anda cuba sekiranya mengalami luka pembedahan atau luka luka disebabkan kecederaan lain. Selamat mencuba!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: