TIPS MENGURANGKAN KEGATALAN PADA PARUT LUKA ATAU BEKAS JAHITAN PEMBEDAHAN

by azszua03 on 14 November 2017

Assalamualaikum…

Semalam kak miah dah cerita pasal Tips nak cepat baik luka pembedahan. Hari ni nak cerita pulak apa yang jadi lepas luka dah sembuh dan baik. Apa lagi kalau bukan kes gatal merenyam kat kawasan luka tu. Sebenarnya, rasa gatal adalah perkara biasa. Tapi tahan ke kita nak menanggung rasa gatal itu? Hiihihi…

Fakta sebenarnya, rasa gatal adalah respond tisu untuk penyembuhan luka. So, kalau rasa gatal pada luka itu bersabarlah. Selain itu, Keloid berlebihan juga boleh menyebabkan kegatalan. Mungkin tips tips dibawah ini boleh mengurangkan “kesengsaraan” anda terhadap kegatalan tersebut.

 

1.Basuh kawasan luka dengan air bersih dan suam.

Jangan garu bahagian luka anda direct dengan kuku. Ia boleh menyebabkan kulit merengsa dan kemungkinan jangkitan kuman. Sebaiknya basuh luka dengan air suam dan keringkan dengan menggunakan tuala bersih dan kering.

2. Gunakan krim vitamin E

Anda juga boleh menggunakan krim yang semulajadi seperti Herbal Blend bagi mengurangkan rasa gatal disamping Vitamin E yang terkandung di dalam Herbal Blend tersebut berfungsi mengurangkan kesan parut luka. Urut bahagian luka 2 atau 3 kali sehari dengan Herbal Blend dan biarkan ia terdedah pada udara untuk seketika bagi mengelakkan bahagian luka basah.

 

Krim semulajadi tanpa paraben

3. Makan ubat tahan gatal.

Kebiasaanya jika melakukan pemeriksaan di klinik selepas menjalani pembedahan, doktor juga akan  membekalkan ubat tahan gatal. Selain ubat, anda digalakkan untuk mengambil supplemen seperti Omega 3, Vitamin B Complex, vitamin C dan Vitamin E bagi cepat membaiki tisu dan saraf yang sudah cedera. saya ada kongsikan kenapa perlu makan supplemen ini di entry sebelum ini (Nak makan apa untuk cepat baik luka pembedahan)

4. Berikan tekanan sejuk lepas luka baik.

Kegatalan pada kulit bahagian luka biasanya terjadi apabila suka telah bercantum dan kering. Jadi, tips ini hanya dilakukan selepas luka benar benar telah baik dan kering. Anda boleh tekap luka menggunakan ais yang telah dibungkus dengan tuala dan biarkan beberapa ketika. Cara ini dapat mengurangkan rasa gatal disekitar kawasan luka.

itulah sebagagian tips untuk mengurangkan kegatalan disekitar kawasan parut luka pembedahan yang boleh anda cuba. Mana tahu serasi dan berkesan untuk anda pula kan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: