APA ITU GERD? SAMAKAH GERD DAN PENYAKIT PEDIH ULU HATI?

by azszua03 on 15 November 2017

Assalamualaikum semua….

Hari ni kak miah nak menulis topik baru. Yerlah lepas lebih 8 artikel menulis pasal Endometriosis, bila nak mula tulis topik baru tu rasa “segar” sikit. Hehehee…perasaan jer semua tu. Ok, hari ni kak miah nak cerita pasal GERD.

Apa itu GERD?

GERD adalah singkatan dari  GastroEsophagel Reflux Diseas (GERD) atau Refluks asid. Dalam masyarakat kita lebih dikenali sebagai Penyakit pedih ulu hati. Jadi, GERD dan pedih ulu hati adalah sama, penyakit yang sama. Penyakit ini kerap menyerang tanpa mengira masa pada seseorang.

GERD atau Penyakit pedih ulu hati ini merupakan masalah kesihatan yang berlaku apabila asid dalam perut mengalir balik ke dalam saluran esofagus. Aliran songsang ini menyebabkan ketidakselesaan dan sakit pada bahagian ulu hati. Kebiasaannya ketidakselesaan berlaku selepas makan seperti sakit dada, kembung, rasa panas pada perut dan rasa masam pada bahagian tekak.

Apabila kita makan, makanan akan melalui esofagus sebelum sampai kebahagian perut.  Sel sel diperut akan menghasilkan asid  bagi mencerna makanan yang dimakan. Sel sel ini juga akan menghasilkan mukus bagi melindungi sel daripada kerosakan disebabkan oleh asid. Asid inilah yg naik semula ke esofagus.

Asid perut juga boleh menyebabkan esofagitis yang bermaksud keradangan dibahagian esofagus. Keradangan inilah menyebabkan rasa pedih dan sakit pada ulu hati pengidap GERD. Keradangan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana boleh menyebabkan penyakit yang lebih merbahaya. Bagaimana GERD terjadi dan apa punca puncanya akan kak miah kongsikan di dalam artikel akan datang ya.

Begitulah serba sedikit penerangan mengenai GERD atau pedih ulu hati. Tunggu entry seterusnya esok berkaitan simptom simptom GERD pula ya. Stay tune!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: