6 TANDA DAN SIMPTOM GERD ATAU PENYAKIT PEDIH ULU HATI YANG PERLU ANDA AMBIL TAHU

by azszua03 on 16 November 2017

Assalamualaikum…

 

Sambung lagi cerita tentang GERD. Dah bacakan artikel pasal GERD atau pedih ulu hati? Kak miah familiar sikit dengan penyakit ni sebab en suami kak miah adalah antara yang sering menghadapi masalah ini dulu. Ya duluuuu…..sekarang tiada lagi alhamdulillah. Masa tu tertanya tanya juga apa punca dia selalu kena Pedih Ulu hati ni…

Jom kak miah kongsikan antara simptom simptom yang sering dihadapi bagi mereka yang mungkin menghidap GERD. Antaranya ialah :

1. Pedih pada bahagian ulu hati

Pedih ulu hati atau “Heartburn” adalah simptom utama yang akan dirasai oleh anda sebelum disahkan menghidap GERD. Anda akan turut merasa pedih dan tidak selesa pada bahagian perut dan keatas sehingga bahagian leher, tekak dan kerongkong.

2. Rasa masam atau pahit pada tekak.

Rasa masam dan pahit pada tekak ini dipanggil Regurgitis Asid. Simptom ini juga boleh membuatkan penghidap merasa loya seperti ingin muntah.

3. Kembung perut dan tidak selesa.

Asid diperut yang mencernakan makanan akan menghasilkan mukus dan boleh menyebabkan perut seperti berangin dan kembung. Gejala GERD ini biasanya terjadi sebelum pedih ulu hati dirasai oleh si penghidap. Rasa “bloted” ini juga menyumbang kepada rasa ingin muntah dan loya.

4. Perut terasa panas.

Perut terasa panas juga adalah antara simptom awal yang dirasai jika GERD menghampiri anda. Simptom ini biasanya dirasai olrh mereka yang gemar makanan pedas dan panas serta penggemar alkohol. Ia bukan pedih perut seperti ingin membuang air, tapi pedih dan panas yang menyebabkan rasa tidak selesa.

5. Nafas berbau dan kerap sedawa.

Ok…ini sangat tidak selesa. Bukan pada diri sendiri sahaja, bahkan kepada orang sekeliling juga. Boleh menyebabkan rasa rendah diri juga kan? Tapi inilah yang akan terjadi kepada mereka yang mendapat simptom GERD. Asid yang terlepas keluar melalui esofagus menyebabkan bau nafas yang tidak enak.

6. Batuk berpanjangan.

Ketidakselesaan pada saluran esofagus menyebabkan rasa ingin batuk juga. Dan kebiasaannya batuk berpanjangan akan berlaku pada waktu malam. Ini menunjukkan salah satu tanda bakal menghadapi GERD atau pedih ulu hati. Jangan silap makan!

Ok itu antara simptom dan tanda tanda GERD atau Penyakit Pedih Ulu Hati bakal menyerang. Simptom simptom ini berkait rapat dengan golongan yang berisiko tinggi menghidap GERD atau pedih ulu hati. Jadi, untuk mengelak dari terjadinya GERD, beberapa langkah berjaga jaga boleh anda lakukan. Nanti saya ceritakan di artikel akan datang. Stay tune!

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: