PUNCA PUNCA DAN PENYEBAB GERD ATAU PENYAKIT PEDIH ULU HATI

by azszua03 on 17 November 2017

Assalamulaikum…

Kalau nak tahu, kak miah selalu sgt jumpa dengan orang yang ada masalah pedih ulu hati atau GERD ni termasuklah dulu suami kak miah, Abg P.B pun selalu kena. 4-5 tahun lepas punya cerita. Tapi masa tu taklah rasa ingin berkongsi sangat sebab lebih fokus kepada masalah kolesterol beliau. Lagipun masa tu tak ada ilmu sangat tentang GERD ni. Tapi lepas kak miah baca buku pasal GERD dan pengalaman dari en suami kak miah terus rasa nak kongsi! šŸ™‚

Menurut kajian, satu pertiga dari orang dewasa , lelaki dan wanita mengalami masalah pedih ulu hati atau GERD, 2 kali atau lebih dalam masa sebulan. Sementara satu daripada 10 orang dewasa akan mengalami sekurang kurangnya sekali dalam sehari. Ya, sekali sehari! Pasti sangat menyiksakan. Kesian kan? Kak miah tahu pedihnya sakit tu sebab dulu selalu tengok Abg P.B kena.

GERD atau pedih ulu hati ini terjadi apabila otot sfinkter yg terletak diantara hujung esofagus dan perut tidak berfungsi. Keadaan ini memang biasa terjadi tetapi tidak diketahui kenapa ia tidak berfungsi dengan sempurna. Otot sfinkter inilah yang bertindak untuk menghalang asid perut mengalir songsang ke esofagus. Ia berfungsi sebagai penutup saluran esofagus.

Otot Sfinkter (LES) yang mengawal hujung esofagus

Buat pengetahuan semua, aliran songsang atau asid refluks boleh menyebabkan lapisan esofagus pada otot sfinkter mengalami keradangan. Ia dipanggil Esofagitis. Jika keradangan ini terus dibiarkan, atau GERD tidak dirawat akan mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius.

Jadi, semua dah tahu punca kejadian GERD kan.Jika anda adalah salah seorang penghidapnya, sila la ambil langkah berhati hati bagi menghalang agar ia berterusan menyerang lagi. GERD berpotensi untuk menyebabkan terjadinya ulcer pada saluran esofagus, dan yang lebih dasyat sekali ialah kewujudan tumor hingga menyebabkan kanser pada esofagus. Takut kan? Kita ingat ia masalah kecil tapi jika dibiarkan boleh meragut nyawa.

Mula berjumpa dengan doktor anda atau dapatkan supplemen yang boleh membantu masalah GERD ini. Nanti kak miah ceritakan pula apa rawatan dan juga ubatan yang boleh anda cuba bagi menangani masalah penyakut pedih ulu hati ini. Jumpa lagi!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: