5 GOLONGAN PALING BERISIKO DISERANG GERD ATAU PEDIH ULU HATI

by azszua03 on 18 November 2017

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…entry pasal GERD dah byk juga kak miah kongsikan. Simptom GERD, Punca GERD, hari ni kak miah nak cerita tentang 5 golongan yang berisiko tinggi menghidap GERD atau Penyakit Pedih ulu hati ni. Antara golongan yang berisiko tinggi ialah :

1. Perokok

Golongan paling berisiko dan menduduki tangga pertama carta sudah pastinya golongan perokok. Nikotin dari asap rokok dikatakan menyebabkan otot sfinkter di esofagus terganggu dan tidak berfungsi dengan baik. Merokok juga menyebabkan iritasi terhadap esofagus sekaligus meningkatkan gejala pedih ulu hati. Rokok juga menyebabkan si penghisap mengalami kekeringan air liur yang berfungsi untuk mengurangkan keasidan perut. Ha, dasyatkan impak merokok?

2. Wanita hamil

Kondisi tubuh semasa hamil adalah sangat berbeza berbanding sewaktu tidak hamil. Dikatakan wanita hamil berisiko untuk menghadapi GERD terutama pada trimester kedua dan ketiga. Ini disebabkan 2 faktor utama iaitu perubahan hormon progesteron dan juga pembesaran janin yang menolak bahagian perut sehingga mengakibatkan asid refluks. Walau bagaimanapun ada beberapa rutin yang perlu diamalkan bagi menyelakkan ibu hamil kerap diserang GERD

Wanita hamil antara yang berisiko menghidap GERD

3. Peminum minuman keras.

Minuman beralkohol akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan terhadap esofagus dan perut. Alkohol boleh menyebabkan iritasi kepada dinding lapisan esofagus dan juga mengganggu fungsi otot sfinkter. Pengemar minuman keras pastinya tidak terlepas dari menjadi golongan berisiko tinggi menghidap GERD atau Penyakit Pedih ulu hati. Perut juga akan mengalami keasidan yang lebih tinggi.

4. Masalah berat badan berlebihan.

Apabila berat badan berlebihan dan cara pemakanan yang tidak teratur boleh menjadikan anda golongan berisiko menghidap GERD. Faktor obesiti dikaitkan dengan GERD adalah tidak asing lagi. Dikatakan mereka yang obes akan cenderung mempunyai lemak perut yang menolak lebihan asid makanan diperut ke bahagian esofagus.

5. Penggemar makanan pedas dan berminyak.

Satu lagi golongan yang berisiko tinggi menghidapi GERD ialah mereka yang mengamalkan makanan yang pedas, berminyak dan berlemak. Terlalu kerap makan makan pedas dan berminyak akan  menyebabkan keasidan perut dan asid refluks.

 

So dari sini kak miah tahu kenapa En suami kak miah, boleh menghidap pedih ulu hati suatu masa dulu. Golongan berisiko yang Abg P.B tergolong ialah Perokok dan Pengemar makanan pedas dan berminyak. Dulu beliau memang sangat suka makanan pedas, kalau makan kat kedai mintak nasi goreng kampung “pedas giler bab*”…siap cakap kalau tak pedas saya tak bayar…hahaha..

Hampir 5 tahun dah berlalu…Abg P.B dah tinggalkan tabiat merokok dan tidak amal lagi makanan pedas. Syukur alhamdulillah kerana kami jumpa produk yang betul betul berkesan. Sambil menangani masalah kolesterol Abg P.B, masalah Pedih ulu hatinya juga turut hilang.

Jadi, jika anda tergolong dalam antara 5 golongan berisiko ini, sila la ambil langkah mencegah sebelum terkena. Tapi jika sudah pun mengidap GERD atau pedih ulu hati ni, cubalah produk yang Abg P.B makan tu. Nak cari mana? Call 0192423139 atau whatsapp pun boleh 0103223139. Insyaallah kak miah consult sekali cara makan yang berkesan bagaimana. Jangan tunggu sehingga parah tau kerana rawatan terakhir ialah melalui pembedahan.

{ 2 comments… read them below or add one }

Faiz November 19, 2017 at 8:00 am

tahniah abam pb dah tak merokok
Faiz menulis…Luka Czer Bernanah terbuka Cepat sembuh Tanpa Jahit SemulaMy Profile

Reply

azszua03 November 27, 2017 at 11:43 pm

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: