RAWATAN UNTUK PENGHIDAP PEDIH ULU HATI ATAU GERD

by azszua03 on 19 November 2017

Assalamualaikum…

Lepas kak miah study dan membaca pasal GERD ni, baru kak miah sedar GERD ni bahaya juga sebenarnya. Yerlah dari simptom simptom sekecil seperti sendawa yangg kerap, boleh membawa kepada masalah yg lebih besar iaitu kanser esofagus dan membabitkan nyawa jika tidak dirawat.

Bukan nak takut takutkan pembaca, tapi kak miah rasa kalau kita cakap pasal pedih ulu hati takde pun orang ambil berat sangat, sebaliknya cuba cakap kanser, semua orang bimbangkan? Jadi, rawatlah sebelum terlambat. Ketika sudah ada tanda atau simptom teruslah mendapatkan rawatan. Jangan ambil mudah. Sekarang ni penyakit tak kenal usia.

Ok, apa rawatan untuk penyakit pedih ulu hati atau GERD ini? Jom kak miah cerita sikit apa yang kak miah tahu.

1.Antasid dan penyekat asid H2 (H2 Antagonist)

Kebiasaannya rawatan paling awal yang diberikan kepada pesakit yang mengadu mengalami pedih ulu hati ialah antasid atau penyekat asid H2. Kedua dua ubat ini adalah ubat ubatan yang boleh dibeli dikaunter tanpa preskripsi doktor. Terdapat pelbagai jenama untuk kedua dua jenis ubatan ini. Fungsinya ialah menyekat asid perut dari berlebihan. Ia sesuai untuk penghidap pedih ulu hati yang tidak kerap. Ia tidak berkesan sekiranya digunakan untuk tempoh yang lama.

Walaubagaimanapun, pengambilan antasid boleh membawa kesan sampingan. Garam mineral pada antasid boleb menyebabkan cirit birit manakala garam aluminum boleh menyebabkan sembelit.

2. Proton Pump Inhibitor (PPI)

Terapi dengan Pump inhibitor adalah terapi yang digunakan kepada penghidap GERD. PPI berfungsi untuk menghalang pam asid yang terdapat pada sel sel di dinding lapisan perut dari menghasilkan asid. Juga terdapat dalam pelbagai jenama dipasaran. PPI memerlukan preskripsi untuk mendapatkannya.

PPI bertindak dengan lebih efektif berbanding antasid dan H2 Antagonist dan boleh memberi efek yang lebih baik terhadap keradangan esofagus. Ia mengawal simptom simptom GERD yang dialami oleh pesakit. Apapun sila dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu.

 

3. Pembedahan anti refluks

Pembedahan anti refluks adalah pilihan terakhir jika ubat ubatan tidak memberikan kesan kepada penghidap GERD. Peembedahan juga adalah jalan pintas jika penghidap tidak mahu menahan kesakitan lebih kerap.

Endoskopi antara rawatan yang baru digunakan untuk mengesan punnca GERD. Lihat gambarajah dibawah bagaimana endoskopi dilakukan.

Nissen Fundoplication adalah pembedahan khusus untuk GERD. Ia boleh dilakukan dengan cara Laparoskopi tanpa pembedahan yang besar. Beberapa alatan kecil seperti Laparoscope (kamera) digunakan. Laparoskopi adalah sangat efektif dan selamat kerana akan dilakukan oleh doktor yang berpengalaman sahaja. Prosesur ini juga selamat untuk kanak kanak.

Nissen Fundoplication ialah pembedahan melalu prosedur bahagian atas perut akan dibalut disekeliling otot skinfter (LES) untuk menguatkan otot skinfter. Teknik ini akan menghalang refluks asid dari terjadi dimasa akan datang.

Begitulah rawatan rawatan yang disediakan oleh bidang perubatan dinegara ini untuk masalah GERD dan pedih ulu hati. Tapi, anda boleh mencuba rawatan tanpa pembedahan yang dikatakan bersesuaian dengan ramai penghidap GERD dinegara in. Kos yang jauh lebih rendah dan insyaallah menyihatkan tubuh badan anda. Nak tahu apa dia? Klik sini

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: