6 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN OLEH PENGHIDAP PEDIH ULU HATI ATAU GERD

by azszua03 on 20 November 2017

Assalamualaikum…

Orang kata, bila dah sakit banyak benda kena amik peduli. Terutama bab makan. Tak boleh nak sebarang sebarang makan supaya tak memudaratkan lagi kesihatan. Nampak macam perkara kecil je kan. Tapi kita adalah apa yang kita makan. Penyakit tak datang tanpa sebab.

Bagi penghidap GERD pula, bukan faktor makanan sahaja yang perlu dijaga. Ia lebih kepada carahidup yang perlu diberi perhatian. GERD atau Pedih ulu hati boleh dirawat sehingga sembuh tapi perubahan drastik cara hidup juga perlu seiring.

Sudah bersedia untuk ubah cara hidup anda? Ubah corak pemakanan anda? Kalau sudah sedia boleh teruskan pembacaan anda. Apa yang perlu dielakkan oleh penghidap GERD ialah:

1.Merokok

Merokok adalah tabiat buruk yang menjadi sebab anda diserang GERD. Meneruskan tabiat merokok menyebabkan penyakit anda bertambah serius. Toksik dan radikal bebas yg dikeluarkan oleh asap rokok menyebabkan esofagus rosak dan boleh menyebabkan keaktifan sel kanser. Hentikan tabiat merokok anda. Susah? Abg P.B boleh…takkan anda tidak! Baca sini untuk tips berhenti merokok.

2. Makanan.

Bagi penghidap GERD,mereka perlu menjaga pemakanan harian. Banyak makanan yang perlu dielakkan seperti peppermint, tomato, coklat, dan buah buahan sitrus. Selain itu corak pemakanan juga memainkan peranan penting, seperti jangan makan terlalu banyak pada masa yang sama, tetapi makan sedikit secara kerap. Makanan pedas juga perlu dielakkan. Makanan ini meningkatkan keasidan perut dan boleh menyebabkan pedih ulu hati.

3. Minuman.

Minuman juga antara yang perlu berhati hati. Jangan ambil 3 jenis minuman ini jika anda mahu GERD anda terkawal. 3 jenis minuman itu ialah minuman yang mengandungi soda, alhkohol, kafien. 3 jenis minuman ini juga meningkatkan keasidan perut yang sangat berisiko untuk diserang GERD.

3. Berat badan berlebihan.

Mengubah cara hidup lebih sihat adalah salah satu kemestian bagi pengidap GERD. Elakkan berat badan berlebihan kerana ia berisiko untuk menyumbang kepada kejadian GERD. Apabila berat badan ia akan memberi tekanan tambahan kepada perut dan menolak naik asid ke esofagus.

4. Sesetengah ubat ubatan.

Bagi yang ada masalah kesihatan lain, selain dari GERD, elakkan dari membeli ubat tanpa dptkan nasihat doktor. Ini kerana sesetengah ubat ubatan akan menyebabkan keasidan perut meningkat seterusnya menyebabkan simptom GERD bertambah buruk. Apabila bertemu doktor untuk masalah kesihatan yg lain, pastikan anda memberitahu tentang masalah GERD anda juga.

5. Postur tidur

Satu perkara lagi yang perlu anda titik beratkan bagi mengelakkan simptom GERD ialah postur tidur. Anda seharusnya elakkan tidur dengan posisi berbaring di tilam yang rata tetapi perlu sedikit condong (sila lihat gambar) bagi keselesaan perut. Selain itu elakkan mengambil makanan 3 jam sebelum tidur dan  minuman 2 jam sblm tidur.

Itulah tadi 6 perkara yang perlu dititikberatkan bagi penghidap GERD atau pedih ulu hati. Jika tips tips ini diikuti, insyaallah anda boleh mengurangkan simptom dan mengelakkan GERD berulang. Anda juga boleh cuba hilangkan pedih ulu hati dan GERD dengan supplemen yang bernutrisi tinggi. Jumpa di entry akan datang.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: