GATHERING GMF GROUP DI JOJO RAKIT, TANJUNG BUAI KOTA TINGGI (PART 1)

by azszua03 on 22 November 2017

Assalamualaikum…

Hari ni kak miah nak cerita tentang gathering group kak miah di Jojo Rakit Tanjung Buai Johor. Sebelum suboh kami bangun tidur hari ni. Excited nak jumpa anak GMF yang dah lama kak miah tak jumpa. Biasa setahun 3-4 kali juga kami berjumpa untuk kelas dan setahun sekali buat gathering makan makan.

Dari bisnes, kami semua jadi macam adik beradik dan anak beranak. Syok tau time berkumpul ramai ramai. So kali ni kami pilih Jojo Rakit, sebab mami diaorg a.k.a kak miah as founder GMF belum pernah ada pengalaman tidur atas air. Hahaha….atas rumah rakit. Jadi ramai anak cucu Johor yang dah ada pengalaman dan husband mereka jenis kaki pancing tu setuju utk bergathering disini.

Nanti kak miah sambung lagi….

Sorry, Dah 3 hari balik dari Jojo Rakit baru nak sambung cerita semula. Al maklum banyak nau urusan yang perlu diselesaikan.

Kami gerak dari Masjid Tanah lebih kurang jam 7 pagi. Then janji dengan budak budak ni tunggu di Stesen minyak Petronas Kota Tinggi Jam 10 pagi. Tapi abang PB banyak kali berhenti tidur kepenatan sebab dia baru balik dari kampung petang tu. Makanya kami sampai di Petronas Kota tinggi jam 10.30pagi. Lewat sikit tapi masih ada yang belum sampai.

kak miah dah sampai Tanjung Buai

Lebih kurang jam 11.00 pagi kami bergerak ke kampung Tanjung Buai. Sampai di persimpangan menuju ke Kampung Tanjung Buai kami singgah di Kedai Makan Ibrahim (Belangkas). Betul betul dipersimpangan Teluk Sengat. Singgah untuk tapau makanan tengahari nanti. Yang istimewanya Kedai makan Ibrahim ini ialah ada jual lauk Belangkas. Sebungkus RM8. Kak miah tak makan tapi abang PB nak cuba. Belum terasa nak cuba lagi.hahaha….

Lepas tapau makanan tengahari, lauk asam pedas pari dan abg PB dengan lauk belangkasnya kami meneruskan perjalanan ke Jojo Rakit. Fuhh…jalan mcm roller coaster tau. Tapi berturap la semuanya. Lalu tepi highway, tepi ladang sawit, tepi kolam udang semua ada lah…hahaha… sehinggalah sampai dijeti Tanjung Buai. Tunggu semua sampai barulah kami angkut semua barang ke boat. Boat tak muat semua, so berperingkatlah kami menaiki boat.

Tunggu Boat

Antara jeti ke rumah rakit taklah jauh mana. Sepelaung je jaraknya. Tapi…bukan jenis pantai yang landai tau…air pun hijau. So paham paham la kedalamannya bagaimana. Tu yang kak miah seram naik boat walaupun dekat je. Sebab kak miah tak pandai berenang so macam macam dok fikir bila ada kat dalam boat tu…hahaha..

naik boat, second trip

Lebih kurang jam 1.00 petang, kami semua dah kat atas rumah rakit. Alhamdulillah, tunggu nak masuk bilik sebab check in jam 2.00 petang. Sementara tu abang abang sado dok setting joran masing masing. Lepas dapat bilik, kami keluar semula dan menjamu selera bekalan yang kami beli di kedai makan Ibrahim. Perut lapar, licin segala bekalan.

Lepas makan, bapak bapak semua dah amik port masing masing untuk memancing. Mak mak pulak tak lepaskan peluang bila berjumpa, macam macam ceritalah yang kami kongsikan bersama.

antara aktiviti di Jojo Rakit

Ok, panjang sangat dah entry ni….nanti kak miah sambung di entry baru ya!

klik entry seterusnya Jojo Rakit Part 2

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: