GATHERING GMF GROUP DI JOJO RAKIT, TANJUNG BUAI KOTA TINGGI (PART 2)

by azszua03 on 23 November 2017

Assalammualaikum…

Nak dengar cerita tentang aktiviti kami di Jojo Rakit lagi tak? kak miah sambung kisah Jojo Rakit semalam yer…semalam cerita sampai aktiviti memancing petang tu kan. Walaupun belum dapat hasil memancing petang tu, masing masing semuanya gembira. Benarlah orang kata, memancing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi…hahaha..

Ok, sementara bapak bapak semua dok pegang joran masing masing, kami yang perempuan perempuan semua dah start siap siap untuk aktiviti malam ni. Apa lagi kalau bukan aktiviti makan makan. Wah macam macam bekalan yang bebudak ni bawa. Yang paling special pastinya perapan daging kambing. Selain tu ada perapan ayam, ikan pari, sotong, ada sos bbq, ada otak otak kempas, ada sata, ada pepes ayam, ada hot dog…eh macam macam yang diaorg bawa.

persediaan untuk BBQ malam nanti..macam macam ada

 

mak mak siapkan apa yang patut sebelum aktiviti membakor malam ni

Bapak bapak pula sambil memancing sambil tolong hidupkan bara api. Al maklum kita yang pompuan pompuan ni bab ni tak semahir diaorang. So kita serahkan kepada mereka. Hahaha…

cek abg siapa ni tolong hidupkan bara api?

Malam tiba, aktiviti diteruskan..bergilir gilir dengan jaga bbq dan solat maghrib. Harum semerbak bila perapan daging kambing tadi dibakar. Rasanya jangan cakap lagilah… memang mabeles! Thanks to anak shakleeku Puan Anis yang buat perapan kambing ni. Beberapa keping juga ku sental. Hahaha…banyak makanan, tapi harus ku cuba semuanya.

kambing bakar on the way!

Bila perut dah penuh, barulah boleh coaching dengan gembira. Hihihi gembira ke? Kenapa masing masing berlinangan air mata? Gitulah kami, bila berjumpa tak sah kalau tak berkongsi cerita, kongsi pengalaman bisnes masing masing. Tu yang ada scene scene air mata.

aktiviti mak mak GMF yang paling ditunggu tunggu

Sedar tak sedar hingga dekat jam 12 malam kami bercoaching santai sambil ditemani deruan ombak dan angin. Cewahh…lepas coaching sambung makan lagi…hahaha…yang suami suami semua masing dengan aktiviti memancing yang tak sudah sudah. Lepas makan, masing masing mencari bantal.

Lepas suboh, tengok masing masing dah bangun, mana yg tidur mencari semula joran. Entah pukul berapa mereka tidur malam tadi tak diketahui. Hahaha…kita bagi chance la…bukan selalu kan. Dapat dapat abg PB tu yg setahun sekali pun takde nak pegang joran. Yang mak mak dah start siap siap nak buat sarapan pagi. Nak buat pelbagai jenis sandwich pagi ni.

sarapan apa pagi ni?

Sedar tak sedar masing masing kelaparan agaknya bangun pagi…3 buku besar roti gardenia yg dibuat sandwich habis sekelip mata. Ke sedap sangat air tangan kami? Hihihi….tapi sebenarnya bila makan beramai ramai memang menyeronokkan. Anak anak depan mata bermain sesama mereka. Mak mak borak tak ingat dunia. Bapak bapak sembang tak sudah. Meriah rasa dikelilingi keindahan laut dan udara nyaman pagi. Seronok sangat.

 

sarapan sama sama keluarga shaklee kak miah…best sangat.

Lepas sarapan, aktiviti memancing bapak bapak diteruskan. Mak mak mengemas barang sebab jam 12 tengahari dah nak check out. Tapi sebelum tu kami dah set aktiviti bergambar sebelum meninggalkan Jojo Rakit. Jam 11.00 pagi semua dah siap mengemas, aktiviti memancing pun dah selesai. Alhamdulillah

yeahhh…iesya dapat ikan!

Maka, berposinglah kami dibawah cuaca terik matahari. Syukur alhamdulillah kerana tidak hujan sejak kami sampai hingga waktu pulang, hujan sekejap petang semalam shj. Waktu tu takde aktiviti apa. Kalau tak, ikut kata mereka Kota Tinggi setiap hari hujan lebat. Allah meredahi kedatangan kami…alhamdulillah…

Gambar beramai ramai di Rumah rakit JojoRakit

 

Gambar last sebelum masing asing berangkat pulang

Begitulah kenangan indah gathering kami GMF Group di Jojo Rakit Tanjung Buai Kota Tinggi Johor. Best sangat, facilities rumah rakit yang lengkap, bersih dan sesuai untuk famili. Kalau ada kesempatan nanti boleh bawa famili kak miah kesini. Insyaallah.

nak join bisnes Shaklee? Nak join group kami? Contact kak miah ok 0192423139

{ 2 comments… read them below or add one }

Masita Hassan December 12, 2017 at 10:08 am

Wah bestnya!

Reply

azszua03 December 12, 2017 at 11:49 am

best sgt

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: