11 TIPS PERSEDIAAN MELANCONG KELUAR NEGARA TANPA AGEN PERLANCONGAN

by azszua03 on 24 November 2017

Assalammualaikum semua…

Kak miah hari ni nak share something yang nampak kecil, tapi sebenarnya sangat penting. Yerlah buat apa apa pun kita kena rancang dan bersedia kan? Kalau tak buat perancangan dan persediaan maka akan kelam kabutlah jadinya. Begitu juga dengan percutian. Terutamanya percutian keluar negara. Jika tiada persediaan dan perancangan, kemungkinan besar kita akan banyak bazirkan masa, tenaga dan wang ringgit.

Jadi, hari ni kak miah nak share tips tips yang biasa kak miah buat sebelum keluar negara. Kak miah Share sebab ramai yang bertanya, jadi lepas ni senang boleh rujuk sini teruskan…

1. Kenali negara yang bakal dilawati dan kenali matawang.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mempelajari sedikit sebanyak tentang negara yang anda akan lawati. Antara perkara perkara yang perlu anda ketahui ialah matawang yang digunakan oleh negara terbabit. Semak juga tempat tempat menarik yang ingin anda lawati supaya anda boleh menganggarkan berapa lama untuk anda berada dinegara tersebut. Susun itinerary mengikut keselesaan dan budget anda.

2. Ketahui perbezaan waktu dan bagi muslim dapatkan waktu solat.

Satu lagi perkara penting yang perlu anda ketahui ialah berbezaan waktu antara Malaysia dan negara yang bakal anda lawati. Ini penting sekiranya anda mempunyai urusan atau ingin menghubungi keluarga di Malaysia nanti. Selain itu bagi muslim, dapatkan juga waktu solat mengikut waktu disana.

Sebagai contoh, waktu di Korea Selatan awal satu jam dari Malaysia. Jadi, malamnya awal, jam 5 petang dah mula gelap. Jika di United State of America (USA) pula, perbezaan masa melibatkan perbezaan tarikh juga. Jika di Malaysia 2hb, di USA masih 1hb. Jadi penting untuk mengambil berat tentang ini.

3. Ketahui sama ada negara yang bakal dilawati mempunyai 4 musim.

Anda perlu mengetahui waktu yang sesuai untuk melawati sesebuah negara. Melawati sesebuah negara juga biasanya mempunyai tujuan, contohnya tujuan melancong untuk membeli belah, untuk mendaki (hiking), untuk menikmati keindahan alam, ataupun bertujuan untuk melawat bandar terkemuka dunia.

Jika anda ingin mengunjungi negara yg mempunyai 4 musim, pastikan anda tahu waktu musim yang anda inginkan. Jika tersalah memilih tarikh kemungkinan hajat anda menikmatinya tidak kesampaian.

4. Sediakan pasport atau periksa tarikh tamat tempoh pasport.

Ha, perkara penting sebelum anda menetapkan tarikh percutian anda, sediakan pasport dan jika sudah memiliki pasport pastikan pasport tidak luput tarikh 6 bulan dari tarikh anda pulang ke Malaysia semula. seperkara lagi, pastikan anda tidak blacklist dari Imigresen Malaysia ya. Banyak kes tak lepas keluar negara sebab nama blacklist. Jangan nanti burn segala booking yang telah dibayar hanya kerana nama anda sangkut sebab blacklisted

5. Semak juga jika negara yang bakal dilawati memerlukan Visa.

Ok, ini bukan main main, sewaktu saya memohon visa untuk ke China, saya berjumpa dengan seorang kakak yang kelam kabut ingin memohon Visa China juga. Saya tanya dia bila penerbangan? Katanya “esok malam, akak baru jer tahu nak ke China kena buat visa”. Cemas dia bila saya kata tak sempat nak buat visa ni, sebab hari jumpa dia tu dah petang, permohonan paling kurang perlu 3-4 hari bekerja. Esok dah sabtu, then ahad.

Waktu ambil pasport (lepas visa saya dah siap) saya terjumpa lagi kakak tu, katanya dia kena beli tiket baru sebab visa tak sempat buat, so dia datang untuk mohon visa ikut date baru.Jadi, semak dulu sama ada negara yang anda lawati memerlukan visa atau tidak. Jangan sampai sana nanti anda hanya melancong disekitar airport sahaja.

6. Buat Tempahan tiket penerbangan, hotel dan tukaran wang.

Insyaallah yang ini tak lupa rasanya kan? Tiket penerbangan pastinya perkara utama yang kita semak. Bila dah ada tiket umpama sebelah kaki dah berada dinegara terbabit. Boleh juga cuba tips tips bagaimana nak dapat tiket murah atau tempah hotel dengan harga rendah. Satu lagi lepas dah buat tempahan tiket, boleh la mula buat survey tukaran matawang negara yang dilawati. Kalau rasa ok boleh tukar terus. Biasanya rate memang lain lain. Kena pandai survey ok!

 

Kak miah simpan sedikit matawang negara yang telah dilawati sebagai kenangan

7. Semak kawasan penginapan dan pelajari peta kawasan sekitar.

Ok, bila tempahan tiket dan hotel telah dibuat. Mulakan mengkaji kawasan penginapan anda. Cuba mendapatkan info kawasan sekitar sama ada terdapat kemudahan seperti kedai makan halal, supermarket ataupun farmasi berdekatan. Pentingnya anda tahu kawasan sekitar bagi kes kes seperti tiba tiba memerlukan tisu basah, berus gigi atau lain lain. Anda juga harus mengkaji jika kawasan penginapan anda mudah untuk akses mendapatkan kenderaan awam seperti bas atau teksi, atau berhampiran dengan stesen subway. Ini akan lebih memudahkan pergerakan anda sewaktu disana nanti.

8. Semak muatan Luggage yang boleh dibawa menaiki pesawat pergi dan balik.

Penting untuk anda maklum berapa berat luggage anda yg dibenarkan sewaktu pergi dan balik dari sesebuah negara. Lain pesawat lain syarat dan muatan yang dibenarkan tau. Jadi semak supaya anda tidak dikenakan caj tambahan yang berkali ganda. Selalu saya jumpa dengan penumpang yang membawa lebih dari had dibenarkan. Akhirnya terpaksa membayar lebihan tersebut.

9. Jangan bawa terlalu banyak barangan.

Ya, ini melancong tau, bukan nak pindah. Hahaha… jangan takut sangat tak cukup pakaian atau tak jumpa pakaian yang sesuai waktu di negara orang. Dan jangan risau sangat kalau baju tak bertukar waktu nak bergambar. Tips saya, bagi wanita bawa shawl banyak tapi tak perlu baju yang banyak. Nak bergambar, perlu tukar shawl sahaja setiap hari, baju boleh adjust atau beli shj di negara orang nanti.

Jangan bawa terlalu banyak barangan

10. Jangan lupa ubat ubatan dan vitamin.

Tips yang ini selalu orang ambil ringan. Tetapi percayalah, jika anda memang dijadualkan setiap hari perlu mengambil ubat ubatan tertentu, jangan sesekali cuba tinggalkan ubat ubatan anda. Perubahan cuaca dan juga persekitaran banyak mempengaruhi tahap kesihatan tubuh. Apalagi jika anda baru pertama kali ingin kenegara orang. Pengamal vitamin juga jangan lupa teruskan pengambilan vitamin sebelum anda bertolak keluar negara dan sepanjang berada dinegara orang. Kuatkan imun sistem tubuh anda. Saya memang sangat pentingkan tips ini terutama jika kami sekeluarga keluar negara.

11. Jaga kesihatan sebelum perjalanan.

Ok, untuk ini orang kata semuanya dah ditentukan oleh Allah swt. Ya Betul, sakit pening kita Allah dah tentukan, tapi jika kita berusaha untuk sihat, utk kekal positif dan aktif, insyaallah tiada yang mustahil. Mula jaga makan, makan makanan yang sihat dan tidak mengganggu perut. Konsistan dengan senaman kerana bila kenegara orang kita akan banyak bergerak dan berjalan. Takkan nak duduk dalam hotel je kan. So memang akan banyak gunakan tenaga dan stamina. Jadi, dari Malaysia perlu dah bersedia ok!

 

Ok demikian tadi tips tips yang sempat kak miah fikirkan untuk rujukan kita bersama. Kak miah juga ada tulis tips khas untuk melancong ke Korea Selatan dalam entry lepas. Kalau berhajat nak ke Seoul Korea boleh la rujuk. Ok jumpa lagi di entry seterusnya nanti!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: