APA ITU PENYAKIT LUPUS? APA ITU SLE?

by azszua03 on 25 November 2017

Assalammualaikum…

Hari ni kak miah masuk satu lagi topik baru. Banyak lagi topik yang ingin kak miah kupas satu persatu dan kongsikan dengan kawan kawan semua. Doakan kak miah konsistan yer. Dan yang paling best kalau korang rajin baca dan share artikel artikel dalam blog kesayangan kak miah nih. Thanks korang!

Ok, tajuk hari ini ialah tentang sejenis penyakit yang semakin sering didengari iaitu Penyakit Lupus. Pernah dengar tak? Pernah tahu tak? Atau anda juga salah seorang penghidap Lupus?

Apa itu Lupus?

Lupus adalah sejenis penyakit auto-imun yang mana sel sel badan penghidap tidak dapat mengenal sel badan sendiri dan juga musuh asing yang memasuki badan. Normalnya tubuh kita mempunyai sel sel antibodi yang bertindak sebagai pengawal dan aktif menyerang musuh. Seperti askar yang mengawal keamanan di dalam tubuh kita. Tetapi bagi penghidap Lupus, sel sel antibodi ini terkeliru dan bertindak menyerang sel sel sihat.

Penyakit Lupus terbahagi kepada 2 jenis iaitu Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan Discoid Lupus Erythematosus (DLE). Discoid Lupus Erythematosus atau DLE ialah penyakit Lupus yang dianggap kurang merbahaya kerana hanya menyerang pada bahagian luaran kulit apabila terkena cahaya matahari. Tapi, bagaimana pula SLE?

Apa itu SLE?

SLE atau Systemic Lupus Erythematosus adalah sejenis penyakit yang tidak mengenal mangsa. SLE adalah jenis penyakit Lupus yang sangat merbahaya dan aktif jika dibandingkan dengan DLE.

Bagi penghidap SLE sel sel antibodi ini juga keliru dan bertindak menyerang sel sel sihat tubuh penghidap. Ia bukan sahaja menyerang bahagian kulit, tetapi menyerang organ organ dalaman tubuh.

Merbahayakah SLE?

Ya, SLE boleh membahayakan tubuh dan mencederakan kulit serta organ organ dalaman seperti jantung, paru paru, sel sel darah, buah pinggang, sendi sendi, hati dan juga otak. SLE menyerang tanpa diketahui bahagian atau organ mana yang “dipilih”. Tetapi kajian menunjukkan separuh daripada penghidap SLE mengalami keradangan buah pinggang. Bermakna SLE sangat “menyukai” buah pinggang berbanding organ organ atau bahagian lain. Serangan SLE pada buah pinggang ini di panggil Nephritis SLE.

Ada juga SLE yang cenderung menyerang sel sel darah hingga mengakibatkan anemia. Ada juga yang cenderung menyerang paru paru atau jantung dan kerap menyebabkan kesesakan nafas penghidap. Ada juga yang menyerang bahagian sendi sehingga mengakibatkan athritis terhadap penghidap.

Jadi, sekiranya anda merasakan terdapat simptom simptom SLE menyerang, sila dapatkan pengesahan dari doktor anda dengan segera. Jumpa di artikel seterusnya nanti!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: