SIMPTOM SIMPTOM PENYAKIT LUPUS ATAU SLE

by azszua03 on 26 November 2017

Assalamualaikum..

Sambung lagi tentang penyakit Lupus dan SLE. Kali ini kak miah ingin ceritakan tentang simptom simptom penyakit lupus ini sebelum didiagnosis oleh pakar perubatan. Simptom mungkin tidak sama bagi sesetengah orang mengikut tahap kekuatan tubuh masing masing.

Antara simptom yang paling biasa ditemui pada penghidap SLE ialah masalah berkaitan buah pinggang. SLE selalunya menyebabkan buah pinggang terlebih dahulu menerima kesannya. Dianggarkan 60% dari penghidap SLE mengalami masalah keradangan buah pinggang akibat dari serangan penyakit autoimun ini. Jom kita lihat apa simptom berkaitan SLE.

1.Bengkak kaki, tapak kaki, buku lali dan wajah sembab.

Simptom biasa yang ditemui ialah kesan dari masalah buah pinggang tidak berfungsi dengan sempurna. Buah pinggang seharusnya berfungsi sebagai penapis untuk menyingkirkan bahan kumuhan keluar dari badan. Tetapi apabila SLE mengganggu sistem perkumuhan ini, buah pinggang mula menunjukkan kegagalan melalui respond badan seperti kaki membengkak, muka sembab dan lain lain.

Biasanya doktor akan mengukur tahap keseriusan SLE melalui diagnosis pada buah pinggang pesakit. Ujian darah dan urin  bagi kreatinin akan dilakukan.

2. Naik ruam dikulit.

Sejenis penyakit SLE atau lupus yg diberi nama Discoid Lupus Erythematosus pula dikatakan menyerang hanya pada bahagian kulit penghidap. Ia termasuklah kulit dibahagian kepala. Ia lazimnya menyebabkan kesakitan kepada kulit dan kulit kepala serta bahagian lain tubuh dan mengakibatkan keguguran rambut yang kronik. Ia biasanya bermula dengan hanya kehadiran seprti ruam pada bahagian kulit dan terus menjadi parah sekiranya tidak dikawal.

Butterfly rashes

3. Keletihan melampau dan demam.

Simptom awal bagi penghidap SLE ialah rasa keletihan yang sangat dan kerap hadapi demam. Keadaan ini tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan badan lemah dan tidak berdaya. Jika anda merasakan simptom ini sila la segera mendapatkan rawatan.

4. Sakit sendi dan otot.

Satu lagi simptom yang akan dirasai oleh penghidap SLE ialah sakit badan seperti bisa bisa atau lenguh lenguh terutama pada bahagian sendi dan otot. Keadaan ini biasanya menyebabkan penghidap mengalami kesukaran untuk bergerak atau berjalan.

Itulah tadi 4 simptom yang biasanya dikesan pada peringkat awal penghidap SLE. Jika ada antara simptom ini yang anda alami, segeralah berjumpa dengan doktor anda untuk didiagnosis lanjut. Jangan tunggu hingga parah yer kawan kawan. Mulakan rawatan awal insyaallah pelbagai ikhtiar boleh dilakukan. Apa puncanya penyakit ini? baca artikel seterusnya.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: