APA PUNCA PENYAKIT LUPUS ATAU SLE DAN SIAPA BERISIKO MENGHIDAP SLE?

by azszua03 on 27 November 2017

Assalamualaikum…

Melalui pembacaan kak miah dari buku dan juga pencarian beberapa bahan rujukan termasuklah di pakcik Google, ada beberapa info yang masih kurang jelas mengenai penyakit lupus dan SLE ini. Terutamanya berkenaan punca penyakit Lupus ini.

Dikatakan sehingga sekarang, punca penyakit Lupus masih belum diketahui. Cuma faktor genetik dan persekitaran dikatakan menyumbang kepada puncanya penyakit Lupus. Secara detailnya tidak diketahui bagaimana SLE boleh wujud di dalam tubuh seseorang.

Kajian menunjukkan SLE atau Lupus sering menyerang wanita berbanding lelaki dengan nisbah 9 : 1 dan wanita yang menghidap SLE adalah di usia subur antara 20 hingga 40 tahun. Jangka masa umur 20-30 tahun adalah yang paling tinggi menghidap penyakit Lupus.

Jadi, apa yang menyebabkan seseorang lebih tinggi berisiko menghidap penyakit Lupus?

1. Asap rokok

Pencemaran udara dari asap rokok menyebarkan radikal bebas yang membahayakan kesihatan penghisap rokok dan juga mereka yang terhidu asap rokok. Radikal bebas memyebabkan sel sel tubuh yang sihat menjadi rosak dan mati. Ini akan menambah risiko kepada penghidap Lupus untuk menghalang keaktifan serangan.

 

Asap rokok merbahayakan kesihatan dan meninggikan risiko Lupus kepada org lain juga

2. Hormon estrogen.

Antara punca mengapa wanita lebih ramai berisiko menghidap penyakit Lupus atau SLE ini adalah disebabkan faktor hormon estrogen. Hormon estrogen yang lebih dalam tubuh seseorang wanita berbanding lelaki dikatakan pemicu kepada masalah auto-imun badan. Estrogen dikatakan menjadi hormon yang menguatkan imun wanita, tetapi bagi seorang wanita yang menghidap Lupus, ia akan bertindak sebaliknya.

3. Genetik atau keturunan.

Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit Lupus, dikatakan risiko untuk menghidapi lupus juga tinggi atas faktor genetik. Walaubagaimanapun, Lupus bukan penyakit yang berjangkit.

 

Ok tu serba sedikit tentang Punca dan risiko penyakit Lupus, khasnya SLE. Insyaallah Esok, kak miah share pula tentang rawatan untuk penyakit Lupus untuk pengetahuan semua. Mana tahu ada yang sedang mencari dan berikhtiar untuk melawan Lupus setelah mendapat simptom simptom tertentu. Semoga usaha kecil kak miah ini memberi manfaat kepada semua.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: