CARA HILANGKAN KETAGIHAN GAJET PADA KANAK KANAK

by azszua03 on 29 November 2017

Assalamualaikum kawan kawan…

Hari ni kak miah nak kongsikan pengalaman kak miah sendiri. Bukan bermaksud untuk tunjuk pandai tau, tapi lebih kepada ingin kongsikan pengalaman. Yerlah kang ada pulak yang salah faham…takmo.. takmo… takmo tau…

Walaupun anak Kak miah seorang sahaja, dak Iesya lah seketul. Tapi kak miah mama yang garang. So tak terlepas juga kadang jadi tarzan, kadang jadi rimau…ada ketika jadi “mak ko hijo!” Hahaha…tapi bukanlah garang tak bertempat, garang untuk mendidik. Kak miah bukan jenis boleh tengok je kalau anak buat salah. Boleh buat tak nampak je bila anak nakal di tempat orang. Not me…

Kak miah dan abam P.B ni bisnes online, jadi kami ni memang banyak menghabiskan masa menghadap telefon mahupun laptop. Masa iesya umur 1 tahun dia dah pandai main handphone. Akibat contoh tak sihat dari papa mama lah ni. Masa dia lebih kurang umur 2 tahun, dia siap ada handphone sendiri buat main dan tengok youtube kids. Salah kak miah juga beli handphone tapi tak pakai, last last anak buat main. Iesya bebas gunakan smartphone tu walaupun kadang kak miah geram je dia asyik menghadap gajet.

Sememangnya ada perkembangan positif yang kak miah nampak seperti dia boleh dapat belajar perkataan english dari video yang dia tonton. ” let’s go mama”…”don’t mama”…”oh my gosh!”…eh macam macam la ayat kuar dari mulut dia tu hasil dari hadap gajet. Dia memang suka sangat tengok “Peppa pig” dan “Kaycee & Rachel”… hari hari hadap tu…tengok banyak kali pun takper. Tapi kak miah dan abam P.B rasa tak bagus untuk dia asyik hadap hp sampai dia semakin membesar. Mainan lain dia tak nak usik dan main. Memang bagus rumah tak bersepah dan taklah “mak ko hijo” selalu kan…tapi…tapi macam ada something missing….cewahh

So kami berdua buat keputusan untuk berhentikan ketagihan gajet pada iesya. Kami sedar walaupun banyak benda akan berubah, tapi kami tak mahu iesya hidup dalam dunia gajet dia sendiri. Kami nampak kesan buruk dari gajet bila iesya kurang berkawan, kurang bercakap, kalau bercakap pun kemain laju, mudah marah, cakap tak pandang orang, tak boleh sabar dan bonding antara kami dan dia semakin berkurang. Walaupun iesya 24 jam bersama kami, kami tak nak waktu kecilnya terbiar begitu sahaja. Berkawan dengan gajet.

Bayangkan kalau kami bekerja makan gaji dan ada masa beberapa jam je bersama tapi waktu tu dia hadap gajet sahaja. Sedih weii…masa kecil mereka tak lama pun dan takkan berulang kembali…ni masa anak anak bermanja dengan kita…so keputusan yang kami buat memang untuk kebaikan iesya dan kami jua. So apa yang kami buat?

1.Bermula dengan tidak mengecaj bateri smartphone agar ia cepat terpadam.

Ok, kebiasaannya iesya akan main telefon sehingga habis bateri. Dan dia pandai minta kita caj bateri apabila bateri smartphone habis. Kak miah akan ambil bila dia minta caj tapi kak miah tidak caj pun. Cucuk kat charger tapi palam elektrik kak miah tak on pun. Nanti dia akan datang nak ambil semula, dia tengok hp masih masih gelap dia tahu takde bateri lagi (Budak 2 tahun kita boleh la nak akal akal kan dia lagi). Tapi kalau lepas 4-5 jam masih tak ada bateri, dia akan merenggek la nak telefon. Caj sikit bagi dia main dan ulang balik tipu muslihat ni bila bateri padam. Hahaha….dalam 2 minggu juga guna strategi ni. Tapi belum berjaya lagi cuma boleh kurangkan masa dia pegang phone.

Tengoklah dia bersungguh nak caj bateri tab ni

2. Ambil smartphone dan beritahu anak, tak bagus selalu main gajet.

Ok, tindakan yang ni nampak mudah tapi akan berlakulah ribu taufan. Masa kita beritahu tak bagus main telefon dia dah amik phone dan sorok kat belakang takut kita ambil. Tapi kena tegas sikit la…ambil phone dan terangkan kita tak nak dia hadap telefon sahaja, banyak mainan lain. Telefon letak tempat dia tak boleh capai tapi dia boleh nampak. Psaiko sikit. Pandang boleh, tapi tak boleh pegang. Memang berlakulah ribut taufan kejap. Meronta meraung semua ada, sbb kita ambil phone tu. Tapi tak lama. Kak miah pujuk dan ajak dia main permainan lain. Kalau lagi bagus ada mainan baru. Mula dari sinilah iesya suka puzzle.

3. Ibu bapa perlu banyak luangkan masa dan beri perhatian.

Ok, bab ni yang ramai ibu bapa nak skip kan?. Yerlah mcm kami dulu sebab nakkan anak tak ganggu kerja kami, anak boleh main sorang sorang kami bagi dia phone. Tapi bila sedar keburukan lebih banyak dari kebaikan, kita kenalah berubah juga. Bukan anak sahaja berubah tau. Kami luangkan masa bermain dengan dia, bawa dia ke rumah nenek untuk main dengan sepupu sepupunya, belikan mainan baru (yang murah murah je macam puzzle), banyak bercakap dengan dia. Dalam seminggu dua jer dia dah boleh terima persekitaran begitu. serius, lepas sebulan dia tak minta dah phone. Minggu minggu awal memang dia akan minta dan merayu…”mama nak phone….” kenalah keraskan hati kita.

Itulah yang kak miah dan abam Pb buat untuk hilangkan ketagihan gajet iesya. Kalau sekarang letak mana sepah sepah phone pun dia tak kisah dah. Kadang dia saje nak test kita… ” mama nak phone…” (sambil pegang phone) pastu lom sempat kita jawab dia dah cakap “no phone…no phone” ( letak balik telefon dan lari gelak gelak kan kita). Hahahaha…genap dah 5 bulan iesya bebas dari ketagihan gadget. Mama lega…papa pun lega…tak sanggup rasanya nak pertaruhkan masa depan iesya bila tahu gejala gejala yang kemungkinan terjadi kalau anak ketagihan gajet. Alhamdulillah….

 

Mama papa love iesya!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: