KESAN BURUK GAJET KEPADA MASA DEPAN KANAK KANAK

by azszua03 on 30 November 2017

Assalamualaikum..

Baru baru ini kak miah ada baca penulisan dari mantan pensyarah Uitm Shah Alam iaitu ustazah Maznah binti Daud berkenaan pendedahan gajet yang berleluasa dikalangan kanak kanak. Apa yang dapat kak miah kongsikan dari pembacaan tersebut untuk kesedaran kita sebagai ibu bapa ialah tentang kesan buruk yang mungkin anak kita bakal hadapi jika masalah ini tidak dibendung.

Kak miah bersyukur kerana tersedar awal dan dapat menghilangkan ketagihan anak terhadap gajet dengan agak mudah. Pada kak miah la peranan ibubapa sangat penting untuk menangani masalah ini. Mungkin sekarang kita belum nampak secara jelas kesan kesan buruk tersebut, tetapi kenapa perlu tunggu nasi menjadi bubur kan? So kak miah kongsikan apa yang kak miah baca melalui penulisan tersebut tentang apa kesan buruk yang mungkin terjadi hingga boleh merosakkan masa depan anak.

1.Gejala ketagihan.

Benda pertama yang boleh kita nampak dari pendedahan tanpa kawalan terhadap gajet pada kanak kanak ialah gejala ketagihan. Ya, mungkin kita rasa sifat kanak kanak itu menangis meronta apabila benda yang dia nak tak dipenuhi adalah normal. Tapi jika setiap hari amukan terjadi, bermakna anak anda sudah ketagihan.

Apabila ketagihan sudah membelenggu anak anda, maka anak anda kini sudah berada didalam dunianya sendiri dan mengganggap gajet adalah kawan baiknya. Bermula dari sinilah pelbagai kesan buruk akan timbul.

2. Bersifat ganas.

Dari sudut perkembangan kognitif, kekerapan bermain gajet akan mencipta dunia khayalan yang serba pantas dan canggih. Permainan yang disediakan di gajet juga memperlihatkan aksi aksi yang ganas dan tidak sesuai seperti memukul, menghentak, membaling dan sebagainya. Perlu diketahui bahawa kanak kanak berusia bawah enam tahun masib belum boleh membezakan dunia nyata dan alam maya atau khayalan. Mereka ingat ia semua adalah nyata. Aksi aksi ganas dan tidak sesuai pada peringkat usia mereka ini boleh menyebabkan mereka mentafsir ia adalah perkara biasa dan normal.

Ketagihan yang perlu dibendung

3. Kurang sabar.

Kanak kanak yang ketagihan gajet juga dikatakan mempunyai tahap kesabaran yang rendah. Bagi sesetengah situasi yang memerlukan mereka untuk sabar, duduk diam dan mendengar seperti didalam kelas akan menjadi satu tekanan pada mereka. Mereka tidak betah untuk memberi tumpuan kepada suara guru ataupun untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal dengan fokus.

Bagi kanak kanak yang berusia bawah 6 tahun, mereka akan melepaskan kemarahan terhadap sesuatu yang menguji kesabaran mereka. Seperti apabila bateri gajet habis, mereka akan menangis, menghempas dan membaling gajet atau barang berhampiran. Mereka tidak boleh menahan sabar atas perkara perkara yang membuatkan mereka menunggu.

4. Tahap komunikasi bahasa yang rendah.

Satu lagi kesan buruk yang sering dihadapi oleh kanak kanak yang ketagihan gajet dan boleh memberi kesan terhadap masa depan mereka ialah tahap komunikasi yang rendah. Kanak kanak seperti ini hanya menjadikan gajet sebagai teman mereka dan tiada hubungan komunikasi 2 hala yang berlaku. Mereka mudah mengikut apa yang mereka lihat walaupun tidak tahu ia betul ataupun salah kerana ia komunikasi sehala. Keadaan ini juga boleh menyebabkan kanak kanak lambat bercakap, tidak mahu berbual, tidak mahu berkawan, dan sukar untuk menyampaikan apa yang ingin mereka fikir atau rasakan.

5. Kemahiran motor kasar dan halus terbantut.

Dari sudut perkembangan saraf motor dan sensori pula, ketagihan gajet memyebabkan kanak kanak ini mempunyai tahap perkembangan motor kasar dan motor halus yang rendah. Mereka akan kurang melakukan aktiviti fizikal dan juga tidak suka explore seperti kanak kanak normal. Aktiviti aktiviti lasak seperti mengayuh basikal, bermain bola, memanjat, melompat mereka akan hindari. Aktiviti motor halus pula seperti memulas knob pintu, membuka botol, memegang pensil, menulis juga akan menjadi kesukaran kepada mereka.

 

Ok itulah tadi 5 kesan buruk jika kanak kanak terutamanya yang berusia 6 tahun kebawah terlalu leka dan ketagihan gajet. Selain dari kesan kesan diatas, kemungkinan kesan terhadap tumbesaran mereka juga akan terganggu terutama apabila mereka menolak untuk makan dan tidak makan makanan berkhasiat kerana asyik leka dek gajet. Boleh anak menggunakan gajet, tetapi perlu ada pengawasan dan juga kawalan. Lebihkan aktiviti yang meransang minda mereka. Nantikan artikel kak miah seterusnya.

psstt…kak miah ada kongsikan cara mengajar anak mengenal huruf dan abjad pada post lepas kalau ada yang nak cari idea bagaimana nak isi masa anak sambil asah motor halus mereka dan menghilangkan ketagihan gajet anak anak. Semoga bermanfaat

{ 4 comments… read them below or add one }

Nurul aziyana December 13, 2017 at 10:35 am

Btul2 setuju semua di atas ni
Panggil pun tak menyahut kalo dh ngadap gajet
Nurul aziyana menulis…Tonik Antipenuaan : Boleh Ke Penuaan Dilambatkan?My Profile

Reply

azszua03 December 13, 2017 at 3:42 pm

kan…dari situ kita dah boleh tengok baik buruknya gajet

Reply

Maizatul December 13, 2017 at 10:40 am

Betul tu mami. Bahaya gadjet untuk perkembangan minda dan akhlak

Reply

azszua03 December 13, 2017 at 4:12 pm

biasa ada baik buruk….tapi kalau byk buruk dr baik eloklah kita jauhkan
azszua03 menulis…BETULKAH BONUS SHAKLEE LUMAYAN WALAUPUN BELUM MASTER COORDINATOR?My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: