APA ITU OSTEOPOROSIS? BAHAYAKAH TULANG RAPUH?

by azszua03 on 4 December 2017

Assalamualaikum semua…

Hari ni kak miah nak cerita tentang tulang. Bukan jin makan tulang tau. Tapi tentang makanan yang boleh menguatkan tulang kita. Ya, tubuh yang tegap datang dari tulang yang kuat. Tulang adalah kerangka tubuh yang sangat penting untuk menggerakkan anggota badan kita. Kaki, tangan, jari, leher semuanya bergerak kerana adanya tulang temulang.

 

Bahayakah jika tulang rapuh?

Sudah tentu merbahaya. Pernah dengar tentang osteoporosis? Ya, salah satu masalah kesihatan tulang yang sering berlaku. Tapi kita selalu ingat yang osteoporosis itu hanya terjadi ketika kita sudah tua. Sebenarnya osteoporosis terjadi sejak kita muda lagi dan impaknya kita akan lihat setelah bertahun tahun prosesnya. Ia bukan datang secara tiba tiba. Ia adalah penyakit senyap. Hanya disedari apabila berlakunya keretakan tulang, ketinggian merosot, dan sakit tulang belakang.

Apa itu osteoporosis?

Osteoporosis ialah masalah kesihatan tulang yang menyebabkan tulang menjadi rapuh akibat dari kepadatan tulang semakin rendah. Ia juga disebut sebagai penyakit reput tulang. Kepadatan atau ketumpatan tulang merosot adalah disebabkan penurunan kandungan kalsium pada tulang. Apabila keadaan ini berlaku, struktur tulang tidak dapat menampung berat badan dan seterusnya mudah mengakibatkan keretakan atau kepatahan tulang terutama dibahagian pelvis, pergelangan tangan, tulang paha dan tulang belakang.

Bila masa tulang mula merosot?

Setiap individu akan mengalami satu tahap pertumbuhan tulang yang oesak diwaktu ini tulang tulang kita akan menjadi lebih besar, berat dan padat. Namun apabila mencecah pertengahan usian 20-an, tulang akan mencapai satu titik ketumpatan maksima. Ia dipanggil “puncak jisim tulang”. Oleh sebab ini, diwaktu usia kanak kanak dan remaja sistem pemakanan untuk tubuh, khasnya untuk tulang seharusnya penuh dengan nutrisi.

Tulang mula merosot selepas mencapai “puncak jisim tulang” jika nutrien penting yang diambil tidak mencukupi untuk menampung keperluan tubuh dan tulang. Risiko kemerosotan tulang bagi wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Oleh sebab ini, osteoporosis dikatakan lebih cenderung menyerang wanita berbanding lelaki. Jadi, jangan abaikan pemakanan yang tinggi nutrien untuk tulang anda.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: