CARA KUATKAN TULANG MELALUI PEMAKANAN NUTRISI TINGGI

by azszua03 on 5 December 2017

Assalamualaikum…

Kak miah suka minum susu. Korang suka tak? Dulu kak miah selalu ingat dengan minum susu cukup dah membekalkan nutrisi kepada tulang. Tetapi rupanya tidak sama sekali. Walaupun kita lihat susu itu putih bersih, jangan bayangkan ia terus diserap oleh tulang. Hanya beberapa peratus sahaja kalsium dari susu yang boleh diserap oleh tulang kita. Kebarangkalian diserang osteoporosis pun masih ada. So bagaimana kalau tak minum susu? Lagilah susah untuk dapat bekalan kalsium kan?

 

Sebenarnya, bukan kalsium sahaja yang diperlukan oleh tubuh bagi memastikan kepadatan dan ketumpatan tulang. Tulang memerlukan beberapa jenis mineral dan vitamin lain lagi bagi memastikan keperluan lengkap tulang menyerap kalsium secara maksima. Jadi, selain kalsium tulang memerlukan vitamin dan mineral seperti magnesium, fosforus, zinc, vitamin D,  dan Boron.

Kalsium.

Kalsium ialah keperluan utama bagi tulang. Tetapi, sebenarnya fungsi kalsium jauh lebih banyak selain untuk ketumpatan dan kepadatan tulang seperti kita maklum. seorang wanita dewasa memerlukan 1000-1200mg kalsium sehari. Pengambilan makanan kaya kalsium semasa kanak kanak dan remaja terbukti meminimakan kesan osteoporosis seseorang. Anda boleh mendapatkan sumber kalsium melalui beberapa jenis makanan seperti keju, dadih, susu segar, makanan laut seperti tiram, sardin, salmon dan sayur sayuran seperti brokoli, tauge dan kekacang.

Vitamin D.

Satu lagi vitamin yang diperlukan untuk kesihatan tulang ialah vitamin D. Fungsi utama vitamin D ialah untuk meningkatkan keberkesanan penyerapan kalsium oleh tulang. Vitamin D bertindak seperti kunci yang membuka pintu supaya kalsium boleh diserap. Vitamin D boleh didapti dari sumber makanan seperti ikan salamon, tuna,dan sardin. Juga dari hasil tenusu dan putih telur. Yang paling mudah ialah dengan mendedahkan diri pada pancaran sinar matahari terutama diwaktu pagi.

Vitamin K

Vitamin K berfungsi untuk meningkatkan jumlah osteocalcin aktif. Osteocalcin aktif ini yang dapat meningkatkan daya tarikan kalsium. Ia akan mengikat dan mengekalkan nutrien nutrien didalam tulang. Antara sumber vitamin K ialah asparagus, kubis bunga, minyak kacang soya, sayuran berdahun hijau dan ikan.

Agak sukar untuk seseorang dewasa memenuhi segala sumber keperluan makanan diatas seharian. 1000mg sehari kalsium bukan semudah memakan seekor ikan atau sepinggan brokoli. Oleh kerana itu, pil supplemen diwujudkan bagi memenuhi keperluan seharian tubuh. 1000mg sehari boleh diambil dengan beberapa biji pil sahaja. Tetapi bukan untuk menggantikan nilai makanan yang seharusnya diambil setiap hari, ia hanya sebagai melengkapi nutrisi yang mungkin lopong dalam menu kita. Syukur kerana makin ramai yang sedar dengan kepentingan supplemen.

Walau bagaimanapun, sebelum memilih supplemen yang anda ingin jadikan makanan seharian anda, pastikan ia selamat, berkesan dan semulajadi. Sebagai contoh, terdapat lambakan supplemen kalsium dipasaran tetapi kebanyakkannya tidak semulajadi dan dihasilkan dari kerang kerangan yang mungkin terkandung sekali logam berat seperti plumbum dan merkuri.

Nak tahu tentang kalsium yang selamat, semulajadi dan berkesan sila klik link ini.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: