FAKTA DAN MAKLUMAT TENTANG KITARAN HAID WANITA YANG PERLU ANDA TAHU

by azszua03 on 6 December 2017

Assalamualaikum…

Bersiaran dari dalam perut Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari stesen Tamping/Pulau Sebang ke Stesen Kulai, Johor. Cuti cuti.mau balik kampung. Tapi ini 1st time kak miah balik guna KTM. Hahaha…saja nak mencuba. Ok bukan itu yg kak miah nak cerita. Sebelum ni pernah naik ETS ke utara sahaja.

 

Kali ini kak miah nak kongsikan tentang Kitaran Haid. Apa fakta dan maklumat yang perlu setiap dari kita tahu. Tak kiralah wanita atau lelaki sekalipun. Ya, lelaki juga perlu tahu kerana anda akan menjadi suami kepada seorang wanita dan ayah kepada anak perempuan anda kan?. So, kak miah ringkaskan fakta fakta seperti dibawah ya.

1.Bermula pada angggaran usia 12 tahun, setiap gadis sunti akan mengalami proses akil baligh dengan kehadiran darah haid atau darah kotor.

2. Kitaran haid berada di dalam lingkungan usia waktu subur atau lingkungan umur boleh mengandung.

3. Fungsi kitaran haid ialah bagi menghasilkan ovum yang matang dari ovari dan menyediakan lapisan endometrium yang berfungsi untuk implantasi embrio.

4. Jika tiada berlaku pensenyawaan dan implantasi, ovum atau telur akan mengalami kemerosatan dan akan keluar bersama sama darah, mukus atau lendiran serta sel sel mati melalui saluran vagina dan ini dipanggil darah haid.

5. Proses ini akan berlangsung sepanjang tempoh seseorang wanita akil baligh hingga menopaus (putus haid) kecuali ketika hamil dan menyusukan bayi.

6. Purata tempoh kitaran haid normal bagi wanita ialah 28 hari dan haid hari pertama adalah permulaan bagi kitaran baru.

7. Purata kitaran haid bagi seorang gadis ialah 7 hari sehingga berumur 20-21 tahun dan menjadi purata 6 hari selepas itu sehingga mencapai umur menopaus.

8. Menopaus atau putus haid purata berlaku pada wanita lingkungan umur 47 tahun.

9. Jumlah kehilangan darah dan tisu semasa haid bagi seorang wanita dianggarkan sebanyak 70ml hingga 200ml setiap kitaran haid.

10. Sesetengah wanita akan mengalami gejala atau tanda tanda tidak selesa dalam tempoh haid seperti sakit kepala, senggugut, mudah emosi, sakit bahagian payudara dan juga sakit tulang belakang.

Ok itu antara fakta penting yang perlu diketahui oleh semua. Nanti saya kongsikan pula masalah atau keabnormalan berkaitan kitaran haid wanita yang biasanya terjadi dikalangan kita. Semoga bermanfaat pada semua yang membaca.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: