MASALAH KITARAN HAID AKIBAT DISMENOREA DAN MENORAGIA. APA ITU DISMENOREA? APA ITU MENORAGIA?

by azszua03 on 7 December 2017

Assalamualaikum…

Dah baca tulisan kak miah semalam pasal fakta tentang kitaran haid wanita? Jika belum boleh baca dulu ya. Sebab penulisan kak miah hari ini berkesinambungan dari penulisan semalam. Hari ni kak miah nak kongsikan masalah masalah yang sering dihadapi oleh wanita ketika kitaran haid. Well….wanita ni memang complicated… hahaha…

Apa itu Dismenorea?

Dismenorea adalah satu keadaan dimana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa sedang haid. Dianggarkan 50 peratus dari wanita haid mengalami keadaan ini dengan gejala kekejangan yang berlaku  pada awal kedatangan haid sehingga hari kedua dan ketiga haid tetapi tidak mengganggu aktiviti harian mereka.

Walau bagaimanapun terdapat 10 peratus dari wanita ini mengalami kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan disertai beberapa gejala atau simptom seperti mual, muntah, cirit birit dan sakit kepala. Dismenorea boleh dikelaskan kepada dismenorea primer dan sekunder.

Dismenorea primer ialah kekejangan dan kesakitan yang berlaku kerana pengecutan otot rahim dan proses luruhnya darah dan tisu dari dinding rahim. Sementara dismenorea sekunder pula berlaku disebabkan penyakit tertentu seperti fibroid, endometriosis dan penyakit inflamasi pelvik. Kebiasaannya dismenorea sekunder akan berlarutan lebih dari 2 hari tidak seperti dismenorea primer.

Apa pula Menoragia?

Menoragia pula ialah keadaan dimana berlaku pendarahan yang banyak semasa haid. Sebagaimana saya beritahu di artikel sebelum ini, anggaran normal cecair dan darah yang dibuang dari badan wanita sepanjang haid adalah 70ml hingga 100ml sahaja. Tetapi bagi kes Menoragia, pendarahan mungkin menjadi 2 kali ganda dari itu. Sesetengah kes mungkin boleh mengakibatkan wanita terbabit mengalami anemia dan memerlukan tambahan darah.

Untuk kedua dua kes masalah kitaran haid ini, jangab anggap ia perkara biasa dan tidak perlu diambil serius. Terutama bagi kes dismenorea sekunder, ia memerlukan rawatan segera bagi mengelakkan masalah lebih berat berlaku. Menoragia pula kak miah pernah terbaca mungkin antara tanda tanda wanita terbabit mempunyai cyst atau fibroid yg mengganggu kitara hormon.

Jadi, dua masalah ini pun dah selalu kita dengari dikalangan wanita wanita kan?. Sebenarnya ada lagi masalah masalah lain berkaitan dengan kitaran hain ni seperti Amenorea, Pendarah dan kesakitan dalm tempoh haid dan juga sindrom Prahaid atau PMS. Nanti kak miah terangkan lagi untuk masalah masalah yang lain ya.

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: