MASALAH KITARAN HAID WANITA AKIBAT AMENOREA DAN SINDROM PRAHAID ATAU PMS

by azszua03 on 8 December 2017

Assalamualaikum…

Semalam kak miah dah cerita tentang Dismenorea dan Menogaria yang terjadi semasa kitaran haid seseorang wanita. Hari ni kak miah sambung lagi dengan 2 masalah yang biasa menjadi igauan ngeri sesetengah wanita ketika kitaran haid. 2 masalah tersebut ialah Amenorea dan sindrom prahaid atau PMS.

 

Apa itu Amenorea?

Amenorea ialah keadaan dimana seorang wanita itu tidak datang haid atau jarang datang haid. Amenorea primer ialah wanita yang biasanya tidak datang haid dalam masa 3 bulan. Ini biasanya dikaitkan dengan kegagalan mengalami haid sebelum berusia 18 tahun. Amenorea primer adalah disebabkan disfungsi kromosomal, pituitari dan ovarian.

Amenorea sekunder pula ialah ialah disebabkan kehamilan, penyusuan, menopaus, dan aktiviti memberhentikan pengambilan pil kontraseptik. Bagi kedua dua amenorea,perlu mendapatkan nasihat dan rawatan dari Doktor sakit puan.

Apa itu Sindrom Prahaid?.

Dijangkakan 50 peratus dari wanita didalam waktu subur mengalami sindrom Prahaid atau PMS. Sindrom prahaid ini biasanya mula datang satu atau dua hari sebelum haid. Ia berkait rapat dengan paras hormon wanita setiap bulan. Sindrom prahaid ini berlangsung secara konsistan dan tetap. Gejala gejala yang mungkin dialami oleh wanita yang mempunyai sindrom prahaid adalah gejala berbentuk psikologi, neurologi, dan fizikal

Antara gejala psikologi adalah seperti emosi menjadi terlalu sensetif, cepat meradang, keresahan dan kadangkala sukar untuk tidur.  Gejala neurologi pula seperti sakit kepala, pening, pitam dan mungkin juga sawan. Sementara gejala fizikal pula ialah seperti payudara menegang dan membengkak, kurang buang air kecil, bengkak kaki ataupun kulit berjerawat.

Gejala gejala ini hadir sewaktu wanita terbabit sudah mendekati hari pertama kitaran haid yang baru dan mungkin akan berada dalam keadaan itu satu atau dua hari selepas hari pertama haid. Sindrom prahaid ini bukan sesuatu yang perlu dirisaukan sebenarnya, tetapi jika ianya berlarutan dan mengganggu aktiviti harian, mungkin ia bukan disebabkan Sindrom Prahaid. Sila berjumpa dengan doktor anda.

PMS atau Sindrom prahaid ini akan kak miah ceritakan lebih details dalam artikel akan datang. Kena kongsikan apa yang kak miah tahu dan baca kerana sindrom ini memang banyak sangat dihadapi oleh wanita zaman ini terutama anak anak gadis. Ada rawatan yang bagus untuk PMS ni, boleh lupakan mimpi ngeri setiap kali nak datang haid. Insyaallah…jumpa lagi nanti.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: