APA ITU PREMENSTRUAL SYNDROME (PMS)?

by azszua03 on 10 December 2017

assalamualaikum…

Pernah tak anda sebagai seorang wanita dalam satu satu masa tu rasa nak marah orang, rasa sentap dan sensetif tak tentu fasal, rasa badan lain macam? Kalau ya, kemungkinan anda adalah antara 50% dari wanita yang mengalami Premenstrual Syndrome (PMS) atau Sindrom PraHaid. selain masalah masalah kitaran haid yang lain seperti Dismenorea, menoragia dan amenorea, PMS adalah masalah yang paling sering didengari.

 

Apa itu Premenstrual Syndrome (PMS) atau Sindrom PraHaid?

PMS atau Sindrom PraHaid adalah situasi dimana hari hari sebelum anda didatangi haid sehingga datangnya Haid, anda mengalami perubahan emosi dan fizikal. Perubahan adalah tidak sama bagi setiap individu. Perubahan juga ada yang agak teruk dan ada yang cuma ringan. Semuanya bergantung kepada tubuh dan paras hormon wanita terbabit.

Apa punca terjadinya PMS?

Sehingga kini masih tidak diketahui apa punca sebenar yang menyebabkan PMS atau Sindrom PraHaid. Tetapi ada teori yang menyokong gejala PMS ini disebabkan oleh :

  1. Perubahan saraf dan bahan kimia dalaman tubuh.
  2. Perubahan hormon estrogen dalam badan wanita.

Dikatakan juga ada beberapa faktor yang cenderung menyebabkan seseorang gadis dan wanita itu berisiko mengalami simptom atau gejala gejala PMS atau Sindrom PraHaid. Antaranya ialah.

  1. Akil baligh
  2. Baru berkahwin
  3. Selepas pantang melahirkan
  4. Penggunaan pil perancang keluarga

Ok itu sahaja info tentang PMS atau sindrom PraHaid kali ini. Kak miah akan huraikan lagi mengenai simptom dan gejala gejala yang biasanya dialami oleh wanita. Stay tune untuk artikel kak miah seterusnya esok ya!

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: