SIMPTOM DAN GEJALA SINDROM PRAHAID ATAU PMS

by azszua03 on 11 December 2017

Assalammualaikum….

Wanita ni memang complicated. Tapi itulah keistimewaan seorang wanita. Kak miah yakin, ramai wanita yang mengalami gejala gejala Sindrom PraHaid dalam hidup mereka, setiap bulan silih berganti. Persoalannya, bahayakah gejala gejala ini kepada wanita?

Simptom dan gejala PMS atau sindrom PraHaid jika tidak ditangani boleh memudaratkan diri. Terdapat lebih dari 100 gejala yang dikenal pasti dialami oleh wanita. Kebiasaannya ia dikesan terjadi dalam 3 kategori ini. Apa yang saya kongsikan disini hanyalah gejala yang paling kerap dikesan.

1.Gejala dari sudut Psikologi.

Gejala dari kategori psikologi seringkali menjadi gejala yang sinonim dengan PMS. Antara gejala dari kategori psikologi ialah kemurungan, keresahan, kesedihan, terlalu sensetif, cepat marah dan lain lain gejala yang melibatkan emosi.

2. Gejala dari sudut Neurologi.

Selain gejala dari sudut psikologi, sering juga terjadi gejala berbentuk neurologi seperti migrain, sakit kepala, pening, rasa nak pitam dan meloya.

3. Gejala akibat perubahan Fizikal tubuh.

Gejala akibat perubahan fizikal pula ialah seperti sensetif pada payudara, payudara membengkak, sakit bahagian ari ari, keguguran rambut dan juga tumbuhnya jerawat. Gejala fizikal mudah dikesan oleh seseorang wanita sebagai tanda bahawa haid akan tiba.

Itu antara simptom dan gejala yang paling kerap dikesan dikalangan wanita yang menalami PMS atau sindrom PraHaid. Haruskah anda membiarkannya sahaja tanpa rawatan? Big NO, jangan biarkan ia berlarutan kerana jangkamasa panjang ia boleh memudaratkan diri anda. Ambil langkah terbaik agar ianya tidak berlanjutan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: