5 TIPS MENGURANGKAN GEJALA PMS ATAU PERIOD PAIN

by azszua03 on 12 December 2017

Assalamualaikum…

Kak miah faham, setiap kali PMS menyerang memang rasa nak buat apa pun takde mood. Kalau boleh, jumpa orang pun tak nak kan? Apalagi kalau nak hadap kesibukan kerja atau suasana hingar. Memang rasa nak marah je. Betul tak?

Tapi, kak miah ada beberapa tips yang boleh kawan kawan cuba untuk melegakan sedikit sebanyak gejala-gejala PMS yang anda hadapi. Mana tahu berkesan dan boleh menggembirakan hari hari anda kan…

 

1. Kerap Mandi.

Mandi boleh mengurangkan stress dan juga depresi. Mandi dengan air suam atau berendam di bath tab yang ditambah wangian aromaterapi boleh melegakan badan dan mengurangkan tekanan. Selain itu kebersihan juga memberi kesegaran pada badan anda. Kekerapan menukar tuala wanita juga penting bagi mengekalkan kebersihan diri.

2. Jaga pemakanan dan lebihkan minum air.

Pemakanan sewaktu tempoh PMS adalah sangat penting diambil berat. Elakkan makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi sepanjang tempoh itu. Sementara minum air masak dengan banyak dan elakkan minuman berkafien dan alkohol. Kafien dan alkohol boleh menyebabkan PMS semakin teruk dan sukar dilegakan kerana ia mengganggu paras hormon anda.

3. Dapatkan tidur dan rehat yang sempurna.

Sesetengah wanita mengalami masalah tidur semasa tempoh PMS terutama sekiranya wanita terbabit membuat rawatan kemurungan dan diberikan ubat hormon dan psikotropiks. Oleh itu, tinggikan pengambilan kalsium dan elakkan sama sekali kafien bagi meredakan tegangan dan sediakan tempat yang selesa untuk tidur. B-compex juga boleh membantu anda mendapat tidur yang tenang kerana B-complex membantu sistem saraf anda.

4. Senaman ringan.

Senaman ringan bagi merenggangkan otot dan sendi adalah sangat digalakkan. Senaman ringan juga boleh mengurangkan stress. Jangan terlalu berat sehingga terbeban. Cukup sekadar gerakan gerakan mudah dan santai. Senaman ringan setiap pagi akan menceriakan hari anda.

5. Ambil vitamin.

Tips paling berkesan pada ramai wanita setakat ini ialah dengan pengambilan vitamin. Antara makanan tambahan yang diperlukan untuk melegakan PMS ialah vitamin B, vitamin C, magnesium (Ostematrix) dan GLA yang terdapat dalam GLA- Complex. Pengambilan vitamin dan mineral ini sangat membantu dalam mengurus paras hormon tubuh anda. Jika rawatan melalui ubat ubatan bukan pilihan anda, makanlah supplemen untuk kesihatan dan keperluan tubuh anda.

Demikian tadi tips tips yang boleh anda cuba bagi mengurangkan PMS atau Sindrom Prahaid anda. Jika keadaan teruk, dapatkan rawatan sepatutnya. Yang paling penting anda perlu tenang dan tahu kondisi tubuh anda.

 

{ 2 comments… read them below or add one }

Nurainy Md Jali December 13, 2017 at 10:37 am

PMS… ani salah seorang daripadanya… GLA paling banyak membantu dalam masalah ni… kalau tak setiap bulan mesti kena amik MC…

Reply

azszua03 December 13, 2017 at 4:16 pm

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: