ADAKAH KEMURUNGAN ITU SEJENIS PENYAKIT? APA DEFINISI KEMURUNGAN?

by azszua03 on 15 December 2017

Assalamualaikum

Topik baru hari ini yang kak miah nak kupas ialah tentang kemurungan. Kemurungan adalah sejenis penyakit namun bukan penyakit biasa biasa yang boleh kita abaikan. Kemurungan bukan benda remeh. Ia penyakit yang lebih serius daripada barah tapi sering dianggap ringan. So hari ini dan beberapa hari seterusnya kak miah nak kupas betapa seriusnya masalah “kemurungan” ini.

Apa definisi kemurungan?

Kemurungan ialah satu keadaan dimana si penghidap mengalami tekanan emosi yang berpanjangan atau stress yang berlanjutan sehingga menyebabkan si penghidap kehilangan harapan untuk meneruskan kehidupan, kehilangan motivasi dan matlamat hidup serta kepercayaan dalam  hidupnya.

Kemurungan adalah sejenis gangguan mental yang lazim. Tetapi daya ketahanan seseorang dalam menangani kemurungan adalah berbeza dan tidak sama dengan individu lain. Ia mungkin berlaku tanpa dapat dielakkan atau diluar kawalan seseorang.

Di Malaysia, kajian menunjukkan masalah kemurungan terus meningkat dari tahun ke tahun tanpa ada sebarang penurunan. Kajian juga mendapati golongan yang mengalami kemurungan purata berumur 19 tahun hingga 59 tahun dengan golongan wanita 2 kali ganda dari lelaki. Kemurungan sangat berkait rapat dengan emosi dan wanita adalah kaum yang sangat beremosi. Peningkatan statistik kemurungan ini dipengaruhi pelbagai faktor dan penyebab.

Kemurungan juga ada pelbagai peringkat dan kecenderungan. Antaranya 3 jenis yang utama ialah Major Depression, Mild Depression dan Manic Depressive. Penyakit kerisauan melampau (anxiety disorder) adalah salah satu cabang kepada masalah kemurungan. Kemurungan dan Stress adalah 2 perkara berbeza. Kemurungan biasa dikaitkan dengan kesedihan melampau dan bertimpa timpa dan berlarutan lama.

Kak miah harap anda faham apa yang kak miah jelaskan tentang definisi kemurungan diatas. Ia satu isu yang sepatutnya diambil serius jika ada antara orang berhampiran kita yang dilihat mengalami gejala gejala kemurungan  ini. Jom kita ambil tahu apa punca dan penyebab kepada masalah kemurungan pula.

{ 2 comments… read them below or add one }

Maizatul December 15, 2017 at 8:51 pm

Terima kasih diatas perkongsian ini.

Reply

azszua03 December 16, 2017 at 12:09 am

Sama2

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: