KESAN BURUK KEMURUNGAN KEPADA DIRI DAN SEKELILING

by azszua03 on 17 December 2017

Assalamualaikum…

Tekanan dan bebanan hidup seseorang tidak sama. Miskin atau kaya bukan penentu untuk seseorang tidak mengalami masalah kemurungan. Punca kemurungan juga adalah berbeza-beza pada setiap individu. Tetapi, kesan buruk akibat dari masalah kemurungan pastinya sama. Jom kak miah ceritakan tentang 5 kesan buruk akibat kemurungan.

1.Penghargaan kendiri

Kesan buruk paling utama ialah kepada diri sendiri. Tanggapan terhadap diri sendiri sudah pasti jauh berbeza. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk ditangani, tetapi bukan sesuatu yg mustahil untuk diatasi. Untuk bangkit melawan rasa sedih, rendah diri perlu dimulakan dengan diri sendiri! Elakkan emosi mengawal diri.

2. Kesihatan fizikal.

Emosi memainkan peranan dalam kesihatan tubuh kita. Kekuatan fizikal adalah bergantung kepada kekuatan mental dan emosi. Jika emosi terganggu, kesihatan diri juga akan merundum. Sel sel tubuh dan antibodi akan mudah rosak dan tubuh akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit. Kemurungan menyebabkan kesihatan tubuh merosot dengan pantas.

3. Hubungan dengan keluarga dan orang keliling.

Sudah pasti kesan nyata yang boleh dilihat oleh penghidap masalah kemurungan ialah mengelak dan menjauhi orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Jika perkara ini dibiarkan tanpa rawatan kemungkinan besar masalah kemurungan akan terus menjadi teruk. Jika ada individu terdekat yang mengalami kemurungan, janganlah disisihkan mereka bahkan sepatutnya berikan semangat dan keyakinan kepada mereka.

4. Rutin harian dan Kerjaya

Kerjaya, aktiviti bersama kawan kawan, masa bersama keluarga, kehidupan sosial sudah pasti akan menerima kesan buruk akibat dari masalah kemurungan. Prestasi kerja akan merundum serta memberikan rekod yang tidak baik.

5. Prestasi akademik.

Jika yang mengalami kemurungan adalah seorang pelajar, pasti prestasi akademik akan terjejas teruk. Seterusnya masa depan pelajar terbabit akan menjadi sukar akibat kegagalan akademik. Sewaktu mengalami kemurungan semua ini tidak dapat difikirkan oleh mereka.

Demikianlah tadi kesan buruk yang dihadapi oleh penghidap masalah kemurungan jika masalah ini tidak dibendung atau dirawat dengan segera. Ingat ya, keluarga dan rakan rakan terdekat bertanggungjawab mengesan gejala gejala kemurungan agar dapat rawatan segera. Jumpa di artikel akan datang!

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: