RAWATAN KEMURUNGAN YANG BOLEH DILAKUKAN BAGI MENGURANGKAN GEJALA

by azszua03 on 18 December 2017

Assalamualaikum

Mengalami genjala gejala kemurungan bukan sesuatu yang harus dianggap ringan. Seperti yang kak miah katakan sebelum ini, jika anda atau ada antara orang sekeliling anda mengalami gejala atau tanda tanda kemurungan, pergilah mendapatkan nasihat atau pemeriksaan dengan kadar segera.

Rawatan yang diberikan kepada mereka yang mengalami masalah kemurungan adalah bergantung kepada tahap atau kategori kemurungan mereka. Sebelum rawatan diberikan, penilaian dan pemeriksaan terhadap kemurungan seseorang dilakukan terlebih dahulu bagi tujuan mengumpul maklumat pesakit.

Antara data yang dikumpulkan termasuklah sejarah penyakit keluarga, tahap keseriusan gejala yg dihadapi, tempoh mengalami gejala dan jika ada risiko mencederakan diri sendiri atau cubaan membunuh diri. Tahap rawatan adalah berbeza atau mungkin kombinasi antara rawatan rawatan yang ada. Antara rawatannya ialah melalui :

1.Kaedah Psikopendidikan.

Kaedah rawatan terawal ialah melalui kaedah memberi penerangan dan juga memberi kefahaman kepada mereka yang mengalami kemurungan. Doktor yang bertauliah akan menerangkan definisi kemurungan, akibat kemurungan, jenis-jenis rawatan dan tempoh rawatan. Disamping itu, akan diterangkan juga faktor faktor penjagaan pemakanan, senaman dan gaya hidup yang sihat.

2. Ubat-ubatan.

Kaedah ubat ubatan untuk pesakit kemurungan dipanggil antidepressant. Ubat ubatan ini di perbuat dengan pelbagai jenis dan fungsi. Perbezaannya bergantung kepada cara ia bertindak pada otak manusia dan kesan sampingan yang dihasilkan. Kebanyakan pesakit akan dipreskipsikan “tricyclic antidrepressant (TCA)” atau “Selective Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)”.

Kesan pengambilan ubat biasanya akan menunjukkan kesan selepas empat hingga 6 bulan pengambilannya. Pengambilan ubat juga hanya dalam tempoh enam bulan sahaja. Ia bertujuan agar pesakit dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas pulih dari kemurungan.

3. Psikoterapi.

Kaedah psikoterapi ialah terapi khusus dalam bentuk kaunseling yang dikendalikan oleh individu terlatih. Kaedah ini biasanya boleh menyembuhkan pesakit yang berada pada paras permulaan kemurungan dan tidak serius. Ada pelbagai jenis Psikoterapi yang boleh digunakan seperti terapi kelakuan kognitif, terapi interperibadi, terapi sokongan dan lain lain lagi.

4. Terapi Elektrokonvulsif.

Kaedah yang terakhir ini biasanya digunakan bagi kes kes kemuurungan yang sangat serius ataupun setelah menjalani cara rawatan yang lain tapi masih tidak memberikan tindakbalas positif terhadap rawatan itu. Dengar nama kaedah rawatan ini pun kita sudah boleh agak bagaimana ia dilakukan.

Rawatan ini menggunakan arus elektrik.  Mereka yang mengendalikan rawatan ini semestinya adalah yang bertauliah dan terlatih. Pesakit akan diberikan sedikit kejutan arus elektrik bagi mengalakkan serangan tiba tiba tapi terkawal. Kesannya, pesakit akan mungkin mengalami sedikit kehilangan ingatan jangkamasa pendek.

Begitulah 4 kaedah rawatan yang digunakan oleh sistem perubatan negara kita. Bagi kak miah, langkah terbaik ialah cuba usaha elak dan pulihkan kemurungan dengan kaedah yang lebih sihat dan tidak mendatangkan kesan sampingan. kak miah juga ada kongsikan tips bagi mengatasi stress dan kemurungan jika masih diperingkat awal. semoga bermanfaat.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: