7 TIPS MENGATASI KEMURUNGAN YANG BOLEH DICUBA

by azszua03 on 19 December 2017

Assalamualaikum…

Hari ni kak miah nak kongsikan beberapa tips bagi mengatasi atau memgelak dari masalah kemurungan. Menjadi kewajiban bagi diri mencari ikhtiar mungkin untuk diri sendiri atau mungkin juga untuk orang sekeliling yang kita sayang. Jika terdapat gejala dan simptom yang dilhat pada orang tersaya segeralah bertindak bagi mengatasinya.

1.Belajar tenangkan diri dan bersabar.

Ya, ada yang kata bagi orang yg tak pernah rasa kemurungan mungkin boleh senang-senang kata sabar dan suruh tenang, hakikatnya yang merasa je tahu. Dik, sabar dan bersikap tenang tu bukan terus terus boleh dibuat. Ia satu amalan yang seharusnya kita buat sepanjang hidup kita. Bukan tunggu datang sebab dan punca kemurungan baru kita cuba bersabar dan bertenang. Pupuk diri jalani kehidupan dengan rasa syukur dan sabar.

2. Jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada seseorang.

Kecewa itu perkara biasa, tapi kecewa yang luar biasa itu terjadi bila diri kita sendiri yang meletakkan harapan yang menggunung tinggi. Jadi, bila berhubungan dengan orang lain haruslah berpada pada. Kalau sayang atau mencintai seseorang, letak juga rasa tawakal atau percaya yang kita hanya mampu merancang segala, tapi Allah yang menentukan.

3. Perancangan tugas agar teratur.

Bijak menangani stress adalah salah satu amalan yang paling penting. Bagaimana menangani stress pastinya berkadar langsung dengan sikap dan carakerja kita. Merancang kerja dan tugasan harian adalah tindakan yang seharusnya dilakukan oleh semua orang. Kerja yang terancang lebih mudah dan menjimatkan masa kita. Kurang tekanan dan pembaziran.

4. Elakkan bersendirian tetapi banyakkan masa dengan orang tersayang.

Bila waktu lebih terancang, pastinya ada waktu untuk diluangkan bersama keluarga dan orang tersayang. Nikmati saat saat bahagia bersama. Bersama orang tersayang boleh menjauhkan kesedihan dan tekanan hidup kita. Dalam islam juga menggalakkan kita berjemaah dan juga mengeratkan silaturahim.

5. Libatkan diri dengan aktiviti yang positif.

Aktiviti sosial yang positif seperti menyertai pertandingan memancing, bergotong royong, menghadiri aktiviti kemasyarakatan, majlis majlis keraian dan juga kematian adalah sesuatu yang boleh meningkatkan motivasi dan muhasabah diri. Ia sangat bagus untuk kita selalu mencari dan berbuat yang terbaik untuk diri dan orang sekeliling.

6. Dekatkan diri pada Allah.

Bagi muslim, ini adalah kewajiban utama. Kemurungan dikatakan antara masalah psikologi akibat perasaan yang “kosong” hingga menyebabkan hati mudah emosi dan terikut dengan bisikan syaitan. Sebagai seorang mukmin, mendekatkan diri pada Yang Maha Pengasih dan Penyayang adalah cara terbaik untuk menenagkan fikiran dan perasaan. Banyak amalan amalan yang boleh mengisi hati yang sedih.

7. Jalani kehidupan yang sihat, makan makanan yang sihat.

Menjalani kehidupan yang sihat dan bahagia adalah kunci kepada fikiran yang waras dan cerdas. Berada dalam tekanan dan kesedihan menyebabkan seseorang mudah membuat keputusan yang tidak wajar. Kehidupan yang sihat bermakna cukup keperluan tubuh rohani dan jasmani. Pemakanan yang sihat dan bernutrisi sangat penting diamalkan. Senaman juga membantu untuk kekal sihat dan cergas.

 

Ok itu tadi antara tips yang kak miah dapat kongsikan sebagai panduan dan rujukan bersama. Jika simptm berlanjutan, sila dapatkan rawatan segera dari pakar. Semoga menjadi manfaat kepada anda semua. Insyaallah.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: