PUNCA DAN PENYEBAB YANG MENCETUS MASALAH KEMURUNGAN

by azszua03 on 20 December 2017

Assalamualaikum.

Setiap kejadian pasti ada punca dan penyebabnya. Begitu juga dengan masalah kemurungan. Kak miah baca beberapa buku dan mendapati punca kemurungan ini ada banyak sangat. Tetapi hari ni kak miah nak kongsikan penyebab utama yang sering menjadi punca kemurungan. 7 punca dan penyebab kemurungan ialah :

1.Hubungan Kekeluargaan.

Kemurungan boleh terjadi akibat hubungan kekeluargaan yang tidak baik. Penceraian ibubapa boleh menyebabkan tekanan kepada anak anak seterusnya mengakibatkan kemurungan. Begitu juga hubungan suami isteri yang bermasalah dan sering bertengkar boleh mengakibatkan tekanan perasaan kepada si isteri mahupun suami.

2. Faktor Genetik.

Kajian juga mendapati faktor genetik juga menjadi salah satu faktor penyebab kepada masalah kemurungan. Ibu bapa yang pernah mengalami masalah kemurungan kemungkinan akan meninggikan risiko anak menghadapi masalah yg sama kelak. Oleh kerana itu, semasa sesi rawatan antara data yang dikumpul ialah mengenai sejarah penyakit keluarga dan ibu bapa.

3. Kehilangan sesuatu yang disayangi.

Kehilangan secara tiba tiba mungkin akan menyebabkan kejutan drastik kepada seseorang. Kehilangan atau kematian orang yang disayangi mengakibatkan orang yang ditinggalkan tidak dapat berfikir secara waras dan merasa rendah diri. Elakkan dari bersendirian melayan kesedihan.

4. Penyakit yang berpanjangan.

Mereka yang menghidap sakit terlantar mempunyai risiko tinggi mengalami kemurungan. Mereka ini mula kehilangan harapan untuk sembuh dan berasa rendah diri. Apabila kemurungan menguasi diri, penyakit akan lebih sukar untuk sembuh dan emosi akan lebih sensetif. Begitu juga penyakit yang sering dikatakan susah untuk sembuh terutamanya menyebabkan sensetiviti wanita seperti barah pangkal rahim, barah payudara dan juga masalah kesuburan.

5. Apa apa situasi drastik yang berlaku dalam diri.

Situasi drastik juga boleh menyebabkan kemurungan. Sebagai contoh, bencana alam yang menyebabkan seseorang kehilangan harta benda, atau kebakaran rumah ataupun mungkin juga diaibkan dengan sesuatu perkara yang tidak boleh diterima. Kemurungan juga boleh terjadi disebabkan perkara yang tidak mampu ditanggung oleh seseorang sebagai contoh artis yang terlalu popular dan dipuja puja.

6. Bebanan dan tekanan akibat masalah.

Bebanan masalah atau terlalu stress dengan bebanan kerja juga boleh menjadikan seseorang cenderung mengalami kemurungan. Begitu juga dengan bebanan ekonomi yang banyak mempengaruhi faktor kehidupan seseorang. Kerana itu, segala tugas dan perbelanjaan seharusnya dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan tekanan hidup.

7. Merasa terlalu rendah diri.

Bila berlaku beza membeza antara kehidupan seseorang dengan seorang yang lain, makanya akan nampak yang kurang dan buruk sahaja pada sebelah pihak. Situasi ini boleh mencetus kepada punca berlakunya kemurungan pada pihak yang sering diperlekehkan. Kekurangan diri secara fizikalnya menyebabkan rasa rendah diri seterusnya berlanjutan sehingga menjadi kemurungan. Sesetengah orang boleh menjadikannya satu cabaran, tapi bagi sesetengah lagi terus merasa dihina dan diperlekehkan.

Itulah tadi 7 punca dan penyebab kemungkinan mengapa terjadinya kemurungan pada seseorang. Ia mungkin sesuatu yang boleh dikawal atau biasa pada seseorang, tapi sesuatu yang sangat mengganggu fikiran seseorang yang lain pula. Setiap manusia itu berbeza cara pemikirannya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: