(HABIS) DURIAN MURAH DAN SEDAP DI PONTIAN JOHOR

by azszua03 on 21 December 2017

New update 11/1/2018 (Durian dah habis musim)

 

Assalamualaikum semua…

Hari ni kak miah nak war war kan pada semua. Kalau rasa tekak teringin nak makan durian dengan sepuas puasnya…jomlah ke Pontian Johor. Bukan kak miah jual tau…tapi my father in law…cewah…pak mertuaku punya kebun durian…

Durian murah..durian murah

Hari ni, kak miah dengan famili dari Melaka buat rombongan pi makan durian kat rumah pak mertua ku. Abg PB memang dah seminggu dah balik menolong abahnya. So kak miah dan adik beradik lain dah siap siap booking nak makan durian hari ni. Yang makan lain…yang bawak balik lain. Bayangkan kami sekeluarga besar ni habis dekat rm2000 beli durian jer….penuh bonet…penuh hilux…semua hantu durian. Al maklum kat melaka mana nak dapat harga murah…

Penuh hilux durian nak bawa balik Melaka

Aritu sebelum durian kat kebun pak mertua ku itu berguguran, sebab dah teringin sangat nak makan durian…mintak la abg PB belikan sebijik…perghhh…nak tahu berapa harga? RM 50 kau sebiji tu….sekilo rm27…tapi sbb dah teringin sgt…beli la buat hilang kempunan. Tapi lepas dah gugur durian kat kebun ni…ku boleh makan sesuka hati…sampai dah tak larat pula nak makan…hahahaa

Sedapnya dia makan durian….

 

Tengok isi durian tu…keliur weii

Hari ni bawa la pula kaum kerabatku yg lain menikmati durian. Confirm semua berpuas hati…semua balik dengan perut kenyang dan berkarung durian sebagai bekalan… Abg PB pun stay lagi kat kampung bersama anak buah kak miah melayan budah durian gugur. Part time anak buahku itu sebelum naik praktikal.

So korang, kak miah tak nak lah makan sorang sorang durian murah (kak miah makan free la..hahah). Nak la korang pun pi merasa durian Haji Bahrin kat kampung Melayu Raya tu. Pegi cepat tau sebelum habis musim. Ada lebih kurang sebulan lagi musim durian akan berakhir….cepat cepat la korang gi serbu. Eh lupa nak beritahu…harga durian Haji Bahrin sekilo baru RM 15 jer paling mahal…makan la sepuas hati korang. Yang biasa biasa tu pun baru rm10 je sekilo. Haji Bahrin tak jual mahal mahal sebab jual kat rumah je…itu pun tak cukup cukup bekalan jugak ada jer orang datang borong.

Ni separuh dari yang kakak abangku booking

Korang kalau nak pi jangan lupa contact dulu abg PB yer..kalau pegi terus kak miah takut nanti korang tak dapat pulak duriannya…sebab biasa ada pemborong yang ambil kasi licin…so call dulu abg PB untuk book date nak dtg bila dan berapa kilo durian yang korang nak…senang la abg pB nak budget ada stok ke tak.

No abg PB : 010-3223137 (Huzair)

 

Oh ya, jgn lupa bawa baju mandi tau…kerana rumah pak mertuaku ini dekat sangat dengan Water park Lata Sri Pulai….lepas makan durian boleh la pegi mandi manda…

Sempat makan cendol durian…hahaha

{ 6 comments… read them below or add one }

Noi December 21, 2017 at 7:10 pm

Alahai mampu memandang sahaja, next year boleh kot p borong

Reply

azszua03 December 21, 2017 at 10:54 pm

Insyaallah…doa2 next year beebuah lagi

Reply

Nurainy Md Jali December 21, 2017 at 7:21 pm

Murahnya… boleh la datang makan kat dusun lepas ni..

Reply

azszua03 December 21, 2017 at 10:53 pm

Sila…sila ani…

Reply

erika December 24, 2017 at 9:57 pm

sy col nombr tu tk dapat pon?

Reply

azszua03 December 25, 2017 at 10:48 am

kalau call xdapat maknanya tuan badan kat dalam kebun….tengah kutip durian…masa dia mmg habis byk dlm kebun…so the best way whatsapp dulu..bila ada line dia akan reply…jgn nak dtg at the same day awak call takut durian tak cukup…

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: