MANFAAT DAN KEISTIMEWAAN YOGURT YANG BAIK UNTUK TUBUH ANDA!

by azszua03 on 23 December 2017

Assalamualaikum..

Hari ni kak miah nak kongsikan sedikit ilmu mengenai makanan yang baik untuk kita semua. Apa makanan yang baik untuk kita amalkan sebagai diet harian kita? Ya, salah satunya ialah yogurt! Anda tahu apa manfaat dan keistimewaan yogurt untuk tubuh anda? Jom kak miah kongsikan…

 

1.Membantu meratakan perut.

Yogurt membantu mengempiskan perut. Cewah…ahkak ahkak suka la kan kalau perut kempis ni. Sebenarnya dengan makan yourgut akan melawaskan dan baik untuk penghadaman. Justeru itu ia mampu memberikan perut yang rata jika yo gurt diamalkan setiap hari.

2. Bagus untuk sistem pencernaan.

Bagi mereka yang mengalami masalah penghadaman. Yogurt perlu dijadikan teman baik anda. Kandungan bakteria baik yang terdapat didalam yogurt membantu usus anda sihat dan melancarkan penghadaman.

3. Kaya dengan vitamin dan mineral.

Kalsium, Vitamin D, fosforus, kalium, riboflavin, natrium, zink, B5 dan B12 adalah antara vitamin dan mineral yang terkandung didalam yogurt. Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan oleh sistem tubuh manusia.

4. Mencegah tekanan darah tinggi.

Buat pengetahuan anda, yogurt boleh melindungi anda dari masalah tekanan darah tinggi. Tapi perlulah diamalkan setiap hari. Kandungan vitamin B dan kalsium di dalam yogurt bagus untuk pembuluh darah dan mengekalkan ketebalan lapisan salur darah anda. Salur darah yang baik akan mengawal tekanan darah anda.

5. Menguatkan sistem imun.

Anda sering mengalami selsema? Amalkan pengambilan yogurt setiap hari. Ya! Yogurt boleh membaiki tahap imun tubuh anda. Vitamin dan mineral yg terkandung didalam yogurt membantu meningkatkan imun anda dan juga mood anda. Mood yang baik memicu kesihatan yang baik.

Jadi kawan-kawan, jangan lupa ambil yogurt anda  setiap hari ya! Tak kisah apa jenama pun anda boleh amalkan. Semoga bermanfaat!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: