CARA TINGKATKAN KESUBURAN DAN CEPATKAN PELUANG UNTUK HAMIL

by azszua03 on 24 December 2017

Assalamualaikum…

Topik baru yang kak miah nak kongsikan hari ini ialah, cara dan usaha untuk cepat hamil dan meningkatkan kesuburan bagi suami dan isteri. Bagi yang belum dikurniakan zuriat bolehlah mencuba ya..apapun segala usaha dan ikhtiar semua atas izinNya juga. Banyakkan bersabar dan jangan pernah putus asa. Jangan fikir masalah kesuburan hanya pada sebelah pihak sahaja. Lupakan mitos mitos yang tidak benar tentang kesuburan… belajar dan cari ilmu.

 

1.Kurangkan Kopi dan Hentikan Alkohol.

Kepada wanita yang begitu menggemari kopi dan minuman berkafien, kurangkan pengambilan kopi seharian anda. Jika biasanya mengambil lebih dari 4-5 cawan kopi sehari, kawal dan kurangkan sebaiknya kepada 1 cawan sehari sahaja. Jika non-muslim, Alkohol perlu berhenti serta merta. Dua minuman ini boleh merendahkan peluang anda untuk hamil.

2. Kawal Berat Badan anda.

Perkara pertama jika anda pergi mendapatkan rawatan kesuburan, doktor akan memeriksa berat badan dan BMI anda. Ya, jika anda wanita yang mempunyai berat badan yang tidak ideal, ia akan mengurangkan peluang anda untuk hamil segera. Jika berat badan berlebihan, cuba kurangkan 5-10% dari berat sekarang untuk meningkatkan peluang untuk hamil. Terdapat senaman yang sesuai bagi mereka yang sedang mencuba untuk hamil.

3. Berhenti Merokok.

Kini, Merokok bukan sahaja tertumpu pada kaum lelaki. Wanita masakini juga menjadikan rokok sebagai teman baik mereka. Kak miah faham bukan mudah untyk memberhentikan ketagihan rokok. Tapi jika anda ingin hamil, amalan merokok perlu dihentikan kedua dua belah pihak suami dan isteri. Suami yg merokok mengganggu kualiti sperma dan jika isteri yang merokok ia akan mengganggu ovulasi. Kerjasama kedua duanya diperlukan.

4. Kekerapan Seks.

Pastinya Seks atau hubungan intim antara suami isteri perkara utama yang perlu diambil peduli jika anda mahu segera hamil. Suami seharusnya ambil tahu tentang Kitaran haid isteri dan tahu waktu subur isteri. Peluang hamil meningkat sekiranya hubungan seks dilakukan ditempoh waktu subur. Pastikan kekerapan seks dan mood anda stabil sewaktu bersama. Jangan Stress!

5. Makanan sihat dan suplemen.

Nutrisi yang lengkap dan keperluan mineral yang cukup pada tubuh amat penting untuk membantu meningkatkan kesuburan. Makanan yang boleh meningkatkan kesuburan boleh diambil setiap hari. Ada juga cara lebih mudah dengan mengambil vitamin dan supplemen bagi memenuhi keperluan itu. Sebagai contoh, protien, asid folik, GLA sangat penting untuk cuba untuk hami. Selain itu, pengambilan vitamin E dan vitamin C boleh meningkatkan kesuburan hingga 50% bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal.

6. Elakkan terdedah kepada Racun perosak.

Pendedahan secara terus kepada racun perosak boleh mengurangkan kesuburan lelaki dan wanita. Racun untuk pertanian dan beberapa bahan pelarut dan toksin yg digunakan dalam percetakan dan cucian kering dikatakan menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita.

Kak miah cadangkan kepada anda sekiranya merancang untuk hamil, atau sedang hamil mahupun sudah melahirkan bayi pilihlah rangkaian produk pencuci dari bahan semulajadi, selamat dan juga berkesan seperti Get Clean. Jaga kesihatan kita sambil jaga alam sekitar kita juga.

Itulah antara tips atau cara yang boleh anda usahakan sekiranya ingin hamil. Semoga impian anda tercapai!

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: